NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adun PKR dan Keluarga Juga Positif COVID-19

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor, isteri dan dua anaknya positif COVID-19.

Perkara itu dinyatakan oleh Shatiri menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Dalam rakaman video itu, Shatiri berkata, beliau dan tujuh lagi individu dari Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pulang dari Sabah dan menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

"Pada 30 September lalu, isteri saya menerima panggilan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling dan disahkan positif COVID-19, sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

"Oleh kerana kami kontak rapat, kami dipanggil semula oleh PKD pada 2 Oktober lalu untuk menjalani semula ujian saringan dan hari ini, saya terima panggilan daripada PKD Petaling dan memaklumkan saya serta dua anak positif COVID-19," katanya.

Shatiri berkata, beliau dan dua anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan, manakala tiga lagi daripada kumpulannya disahkan negatif dan kini menjalani kuarantin di rumah sehingga 16 Oktober ini.

Katanya, biarpun beliau disahkan positif COVID-19, pusat khidmat DUN Kota Damansara beroperasi seperti biasa.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo