NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

33 Pelajar Positif COVID-19, STIAS Senawang Ditutup


MELAKA: Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang, Negeri Sembilan ditutup 14 hari selepas 33 orang pelajarnya positif COVID-19.

Pengerusi Pengelola STIAS Senawang, Abdullah Abdol Razak dalam kenyataannya mengesahkan perkara berkenaan dan katanya keputusan tersebut diperolehi hasil daripada ujian saringan yang telah dibuat terhadap seluruh warga kerja dan pelajar di sekolah itu.

Jelasnya, saringan awal itu dibuat selepas salah seorang pelajarnya didapati positif COVID-19.

Beliau menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook STIAS berkata, pihak pengurusan sekolah bagaimanapun telah mengambil tindakan pantas iaitu melakukan kuarantin kendiri dengan tidak membenarkan warganya keluar daripada kawasan sekolah.

Ia termasuk tidak membenarkan mana-mana individu untuk masuk ke kawasan sekolah sebaik sahaja mengetahui ada pelajarnya yang positif COVID-19.

Ujarnya, kesemua 33 orang pelajar tersebut telahpun dibawa ke pusat kuarantin khas oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala baki pelajar dan warga kerja yang masih belum mendapat keputusan juga sedang menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian daripada pihak KKM.

Tambah beliau, seluruh kawasan sekolah itu juga telah disanitasi dan kini sudahpun ditutup bermula hari ini sehingga 4 November depan.

Sejak Rabu malam, telah tular mesej di aplikasi WhatsApp berhubung seramai 33 pelajar STIAS di Jalan Bunga Tanjung 1/1, Senawang Industrial Park, yang dipercayai positif COVID-19.

Menerusi mesej tersebut, kesemua 33 pelajar berkenaan telah dibawa ke Hospital Rembau serta pusat kuarantin di Bandar Enstek, Nilai sejak Rabu malam.

Kesemua mereka didapati positif selepas pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat ujian saringan kelmarin terhadap 84 pelajar yang mempunyai kontak rapat dengan seorang pelajar sekolah tersebut yang disahkan positif COVID-19.

- Awani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo