22 Bulan Memerintah Buktikan Dap Benci Agama: Dr Maza


“Saya adalah orang yang terbuka. Saya tidak menyangka hal itu. 

Boleh tanya ramai pada pemimpin DAP, mereka ada sesi perjumpaan dengan saya sebelum daripada mereka membentuk kerajaan, bertahun-tahun sebelum itu. 

Saya pernah dijemput untuk berucap semasa mesyuarat agung mereka, masa saya masih ingat, pada tahun 2009.

Kemudian masa itu saya berada di Wales, dihubungi. 

Kemudian saya juga pernah balik dan berjumpa dengan Ahli-Ahli Parlimen muda DAP di Pulau Pinang.
Saya juga pernah orang yang pernah membenarkan tokoh DAP untuk berucap di dalam masjid di Perlis ini, bulan Ramadhan, forum bersama dengan saya, bertemu, mereka datang ke pejabat saya. 

Saya ada hubungan yang baik. 

Sebelum itu, ketika saya di IQ Mengkuang , pemimpin DAP buka puasa pada bulan Ramadhan bersama dengan saya dan mereka ada sesi kadang-kadang makan pagi di rumah saya, pada malam-malam Ramadhan, pimpinan-pimpinan DAP datang ke rumah saya. 

Maka saya mempunyai sangkaan yang sangat positif kepada DAP. 

Tetapi apabila 22 bulan saya melihat kenyataan demi kenyataan, bermula daripada Ramasamy dan yang selainnya, sangat-sangat mengguris perasaan. Seolah-olah tidak ada dalam pemikiran mereka ini melainkan agenda untuk menimbulkan ketegangan dengan umat Islam, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung daripada mulut pemimpin DAP dan rakyat yang mana menyokong hal itu. Golongan yang dikatakan, dinamakan dengan liberal melampau itu, menjadi-jadi. 22 bulan lamanya, kita mendengar hal ini, daripada isu-isu biasa sehingga pada isu bahasa, sehingga isu tulisan jawi yang tidaklah isu sebenarnya, menjadi isu kepada rakyat negara ini. 

Ketika itu saya merasakan apabila saya membaca Al-Quran, khususnya apabila datang bulan Ramadhan, kita banyak, bukan Ramadhan ini sahaja, sebelum-sebelum ini, juga mereka yang solat-solat malam, sesiapa yang melakukannya, mereka akan tahu. 

Apabila kita melalui ayat Qur’an, kita rasa keadaan ini, tak dapat lagi kita terima. 

قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ 

Kata Allah dalam Surah Ali ‘Imran, apabila menceritakan jangan mengambil orang-orang yang membenci agama sebagai penolong:

قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ 

“Telah zahir kebencian daripada mulut mereka”

وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ 

“Apa yang mereka simpan dalam dada mereka lebih besar”

Itu Qur’an ingatkan pada kita, saya apabila melalui ayat itu, saya rasa sudah cukup.”
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post