NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Mokhtar, Bekas Menteri Besar Terengganu Meninggal Dunia


Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad dilaporkan telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun.

Menurut Wan Abdul Hakim, Jenazah  allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong selepas sembahyang Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas itu.

Wan Mokhtar merupakan Menteri Besar Terengganu yang kesepuluh sebelum tewas  dalam PRU Ke 10 dan di ganti dengan Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 

Dalam pilihan raya pada tahun 1974, beliau telah bertanding dan menang di Dewan Undangan Negeri Kawasan Chukai. Pada 1 September 1974 beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dalam pilihan raya-pilihan raya umum yang berikutnya, beliau telah berjaya mengekalkan kerusinya dan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu selama enam penggal. 

Kemudian pada pada pilihan raya yang kesepuluh pada 29 November 1999, beliau tewas kepada calon PAS, Haji Awang bin Jusoh dengan majoriti 436 undi iaitu di kawasan Chukai, Terengganu. Beliau mendapat 6,128 undi manakala lawannya mendapat 6,564 undi. Beliau kemudian dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi pada 1 November 2000 hingga Julai 2005.

Beliau menduduki kerusi Menteri Besar Terengganu selama 25 tahun, bermula dari tahun 1974 sehingga 1999.

Semoga Allah mengampunkan beliau dan dipermudahkan perjalanan di alam barzah dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti. - 1Media

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo