NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tony Pua CLAIM PH Dah Buat Yang TERBAIK Untuk Penstrukturan Semula PLUS

Proses penstrukturan semula perjanjian konsesi PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini di peringkat akhir perbincangan. 

Perbincangan itu membabitkan dua pihak berkepentingan dan empat kementerian serta agensi kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kajian semula keputusan penstrukturan yang dimuktamadkan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) itu mempunyai asas tersendiri.

Katanya, langkah sedemikian diambil bagi memastikan terma dan syarat dalam keputusan baharu berhubung penstrukturan semula konsesi PLUS yang 51 peratus pegangannya dimiliki Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) berupaya ditambah baik.

"Memang betul sebelum ini ada kenyataan daripada Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof) bahawa kajian semula penstrukturan konsesi ini dibuat kerana penurunan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi kenderaan kelas pertama memberi kesan kepada operasi lebuh raya lain.

"Ia kenyataan yang tidak perlu dipertikai, namun saya nak tekankan bahawa kajian semula dibuat sebab kita nak buat benda lebih baik, cuma terlalu awal untuk nyatakan penyelesaian usaha ini.

"Kalau kita berhasrat untuk kaji semula, sekadar jadi lebih teruk, buat apa kaji semula, sebaliknya keputusan ini supaya dapat mewujudkan terma yang lebih baik.  

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo