NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Isteri, 3 Pegawai MB Terengganu Turut Dikuarantin

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim membuat pemeriksaan ujian Covid-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu - FB TIMBALAN MENTERI

KUALA TERENGGANU: Isteri Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman bersama tiga lagi pegawai kepada Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menjalani kuarantin wajib.

Mereka yang sebelum itu bersama Ahmad Samsuri ke Sabah menjalani kuarantin kendiri sebaik pulang dari negeri berkenaan.

Tuan Faezah dan tiga pegawai berkenaan juga sudah menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RRT-PCR) COVID-19 dan disahkan negatif pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, mereka perlu menjalani ujian kali kedua pada 3 Oktober ini.

Terdahulu, Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari selepas berlaku kontak dengan dua individu positif COVID-19 beberapa hari lalu.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim turut mengambil langkah awal dengan melakukan ujian COVID-19 secara sukarela demi keselamatan orang ramai di Hospital Sultanah Nur Zahirah malam tadi.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, langkah itu diambil selepas berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah pada 22 September lalu. - BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo