NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TIK TOK Bukan Pisau Biasa, Ia Menikam Dengan Cara Tersendiri


Bahagian 1

Kita tidak boleh meletakkan metafora penggunaan Tik Tok dengan penggunaan PISAU, ianya kurang tepat. Kerana CARA BEROPERASI Tik Tok tidak sama dengan FB.

Jika di FB, selepas create akaun pertama news feed kita adalah kosong. Kitalah yang memilih kawan atau page, kitalah yg pilih apa yg akan dibaca, tonton, like, komen atau share. Global marketing mengistilahkannya sebagai AIDA (Awareness, Interest, Desire, Action). Istilah mudah adalah PSIKOLOGI manusia.

Dari sinilah robot pintar atau Artificial Intelligence (AI) bekerja bagaimana untuk menyusun dan menayangkan content2 berdasrkan PSIKOLOGI tadi, itulah yang dipanggil sebagai ALGORITHM (algo). Dan inilah yang saya maksudkan CARA beroperasi. 

Di FB, Algo menyusun content di NewsFeed berdarkan AIDA atau sesuai dengan tindakan seharian kita. TAPI TIDAK di Tik Tok.

Algo di TIK TOK turut menggunakan konsep yang sama, namun pada masa yang sama algo TIK TOK TETAP menayangkan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang kita minat, dan ini disebut secara rasmi oleh Tik Tok sendiri.

"TikTok is home to creators with many different interests and perspectives, and sometimes you may come across a video that isn't quite to your taste."

Konsep yang dibawakan adalah berbeza dari sosial media yang biasa kita gunakan, mereka ingin manusia bertukar budaya dan gaya hidup, sekalipun gaya hidup itu sangat bertentangan dengan moral dan akhlak kita. 

Paparan utama selepas kita membuka aplikasi ini adalah "For You" yang terlebih dahulu ditayangkan sebelum "Following". "For You" dan "Following" ini digerakkan oleh dua Algo yang berbeza. Algo Following menggunakan konsep yang sama dengan Algo di FB/IG. Tapi berbeza dengan "For You"

Di "For You" algo Tik Tok akan menayangkan content sebagaimana apa yang dijelaskan pada keratan statementnya tadi. Algo ini membezakan Tik Tok dari FB / Youtube, sehingga menakutkan FB, Youtube, dan Twitter kerana keunikannya berjaya menarik pengguna secara mendadak dengan volume yang luar biasa.

Sekalipun kita follow semua akaun yang baik2, akan tetap dipaparkan content yang tidak baik2 walaupun ia sangat bertentangan dengan dengan peribadi atau psikologi kita. Apa yang tidak baik tu ada pula algonya sendiri, berkait rapat dengan AIDA rakan kita, effect yang kita guna, hashtag, music yang kita guna dll.

Saya ulang :

"SEKALIPUN KITA FOLLOW SEMUA AKAUN YANG BAIK2, AKAN TETAP DIPAPARKAN CONTENT YANG TIDAK BAIK WALAUPUN IA SANGAT  BERTENTANGAN DENGAN PERIBADI KITA"

Dan algo yang menayangkan content2 tidak bermoral inilah saya katakan ianya Pisau Yang Menikam Dengan Sendiri. 

Ustaz A buka akaun Tik Tok, follow 50 akaun islamik, tapi bahagian "For You" tetap menayangkan pada ustaz yang tidak bermoral, secara bergilir-gilir dengan content islamik, sedangkan ustaz tak pernah tengok benda2 sedemikian. Bagaimana kalau bukan kumpulan ustaz atau anak muda??..sedang ustaz pun belum tentu teguh imannya bila berhadapan dengan dosa mata.

Sebab itu saya TIDAK bersetuju usaha siapa saja mempromosikan tik tok, apatah lagi mengajak golongan da'ei buka akaun tiktok, sbb ia sekaligus menarik golongan baru yang tidak kenal dan besar mudharatnya. 

Jika ianya strategi peribadi atau berprivasi, tanpa publickan kepada awam dgn tujuan mendidik jutaan pengguna tik tok sedia ada, dan video yang dihasilkan melalui tik tok hanya khas untuk siaran di tik tok bukan disebar ke media social yang lain, (kerana sebaran ke sosial media lain secara tak langsung mempromosikan tik tok kembali) , maka pendekatan ini boleh DISOKONG & DIPUJI.

Bersambung.

Sumber : FB Abdul Hadi Jusoh

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo