NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teknik Saham Untuk Yang Sibuk Kerja & Tak Ada Masa Hadap Monitor



Seperti mana kita tahu, nombor pada MA itu merujuk pada hari pergerakan harga yang dah berlaku. Contohnya MA20 merujuk pada purata pergerakan harga 20 hari yang lepas. Dengan itu kita boleh faham bahawa :

MA 20 : trend untuk short term
MA 50 : trend untuk mid term
MA 200 : trend untuk long term

Sebab apa teknik ini sesuai untuk mereka yang tiada masa nak monitor sepanjang hari atau sibuk bekerja ?

Bila anda buat analisa gunakan teknik ini, anda perlu tunggu sesuatu candle tu lengkap terbentuk.
Ini adalah teknik untuk ikut trend, bukan lawan trend. Jadi, tempoh berdagang mungkin ambil masa berminggu hingga berbulan.

Kedua-dua kriteria ini boleh dilihat ketika market sudah tutup. Kalau siang dah sibuk bekerja, malamnya sesuai sangat untuk buat analisa gunakan teknik ni.

Apa yang hendak dicari ?

Teknik ini lebih konservatif kerana kita hendak cari uptrend. Bak pepatah mengatakan, jangan lawan arah harga. Trend is your bestfriend.

Dalam hal ini, setiap MA bertindak sebagai resistance atau support. Terutama sekali MA200. MA200 bertindak sebagai support jika harga berada diatasnya. MA200 bertindak sebagai resistance jika harga berada dibawahnya.

Uptrend yang bagus adalah bilamana harga berada di atas ketiga-tiga MA dengan turutan MA20 > MA50 > MA200.

Bila nak masuk ?


Waktu terbaik untuk masuk adalah ketika permulaan uptrend lagi.

Tip nya adalah cari kaunter yang sebelum ni downtrend dan sedang dalam fasa consolidation. Kaunter sebegini anda boleh masukkan dalam watchlist dah perhatikan hari demi hari.




Saat bila mana MA200 silang ke bawah MA20 & MA50, ia menandakan signal yang kuat untuk beli. Ini kerana MA200 yang tadi bertindak sebagai resistance, sekarang dah bertukar menjadi support.

Walaubagaimanapun, ada kelemahannya juga.

MA adalah indikator yang sudah lewat sebenarnya, kemungkinan harga pun dah gerak dulu. Anda boleh beri perhatian bila mana harga sudah semakin dekat dengan MA200 untuk tidak melepaskan peluang.


Ini kerana seperti diterangkan diatas, MA200 bertindak sebagai resistance. Jika harga tembus MA200, kemungkinan breakout berlaku. Contohnya seperti kaunter dibawah :




Kalau dah terlepas breakout ni, jangan pergi kejar pula. Ingat, setiap breakout akan berlaku retracement terlebih dahulu sebelum harga nak pergi lebih jauh. Boleh jadi harga itu akan retrace ke MA20 yang memberi signal untuk anda masuk.

Tiada teknik yang 100% menjadi. Boleh jadi anda terciduk juga. Tapi apa yang menyelamatkan anda adalah pengurusan risiko. Gunakan Risk Reward Ratio yang sesuai untuk anda.

Sumber : Trading with the 20, 50 & 200 Moving Averages






No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo