NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sekolah Cina Di Malaysia Lebih Cina Daripada Cina Di Negara China ?


“Pakar sejarah negara, mendiang Prof Khoo Kay Kim pernah berkata, apabila bercakap soal Pendidikan Cina. Kata Khoo, British hanya benarkan sekolah Cina beroperasi ketika zaman penjajah, jika mereka berhasrat untuk kembali ke negara asal iaitu negara China. Tidak mahu menetap di Tanah Melayu.

Namun, jika orang Cina mengambil keputusan untuk menetap di Tanah Melayu, maka sekolah Cina mesti dirobohkan. Orang Cina mesti belajar dalam aliran kebangsaan. Jelas kata-kata pakar sejarah.

Ternyata penjajah British sangat memahami dalam kehidupan bernegara. Memberikan hak kepada yang berhak. Malangnya, perkara ini tidak difahami sebegitu oleh ultra kiasu.

Mereka merasakan semua hak mereka. Sampai ke tahap hak yang diminta melampau-lampau. Menjadikan sekolah Cina beroperasi secina-cinanya. Lebih Cina daripada Cina di negara China.

Di negara komunis China, semua silibus dan kurikulum ditentukan oleh kerajaan. Tidak ada pilihan. Tetapi dalam konteks Malaysia, sekolah Cina yang dibantu sepenuhnya oleh kerajaan, silibus dan kurikulum, ditentukan oleh bangsa mereka sendiri. Lebih malang, tidak patuh kepada arahan kerajaan.

Sudahlah tidak patuh. Malah desak dan paksa kerajaan untuk iktiraf Sijil Pendidikan Menengah Cina iaitu UEC.”
 
(Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo