NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: PAS Mendapat Kerusi Majoriti di Kedah, Terengganu dan Kelantan


KOTA BHARU: Isu pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam kalangan parti Perikatan Nasional (PN) setakat ini sudah banyak diselesaikan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Soal pengagihan kerusi sedang dibincangkan dan setakat ini sudah banyak yang selesai. Berapa jumlah kerusi yang akan dapat belum dimuktamadkan lagi memandangkan tarikh pilihan raya juga belum diumumkan.

"Namun, untuk tiga negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan, majoriti kerusi ditandingi oleh PAS. Setakat ini, kita berpuas hati dengan kerjasama yang terjalin dengan BN dan BERSATU," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS ke-66, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Abdul Hadi berkata, PAS tetap menurunkan jentera bagi membantu parti lain walaupun parti itu tidak meletakkan calon.

PAS akan membantu sebaik mungkin bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menang.

"Perlu diketahui, walaupun kita tidak bertanding, kita boleh terbabit dalam jentera kerajaan," katanya. - BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo