NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Piagam Madinah Model Penyatuan Ummah


PENDAHULUAN

Negara Madinah Al-Munawwarah semakin stabil pentadbiran politiknya setelah ditadbir oleh Rasulullah S.A.W. Terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam terdiri daripada suku kaum Aus dan Khazraj digelar sebagai Ansar dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Mekah digelar  Muhajirin. Orang-orang Yahudi di Madinah ketika itu mempunyai banyak kumpulan antara yang terbesar  ialah Yahudi Bani Qainuqa’, Quraizhah dan Nadhir.

Sebelum ketibaan Rasulullah S.A.W, orang-orang Ansar daripada suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa bergaduh dan berperang sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Untuk mententeramkan keadaan gawat serta mensejahterakan kedudukan Madinah sebagai sebuah Negara berdaulat, Rasulullah S.A.W membuat perjanjian dengan seluruh  penduduk di Madinah dan menulis satu piagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Shahifah Madinah.


DASAR KEUTAMAAN PIAGAM

Piagam Madinah merupakan undang-undang tertinggi di Madinah yang meletakkan wahyu Allah S.W.T sebagai dasar rujukan dalam semua aspek. Terdapat dasar umum yang ditetapkan oleh piagam iaitu:
1)Wahyu Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W merupakan sumber utama undang-undang Negara. Hal ini sebagaimana dalam Fasal 23 ;
ŁˆŲ£Ł†ŁƒŁ… Ł…Ł‡Ł…Ų§ Ų§Ų®ŲŖŁ„ŁŲŖŁ… ŁŁŠŁ‡ Ł…Ł† Ų“ŁŠŲ” ŁŲ„Ł† Ł…Ų±ŲÆŁ‡ Ų„Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ų²ŁˆŲ¬Ł„ ŁˆŲ„Ł„Ł‰ Ł…Ų­Ł…ŲÆ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…

“Bahawa apabila berlaku perselisihan diantara kamu terhadap sesuatu masalah hendaklah kembali kepada Allah dan kepada Nabi Muhammad S.A.W”

2)Rasulullah S.A.W sebagai Ketua Negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati sebagaimana peruntukan dalam Fasal 23. Segala masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimanapun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah kaum mereka secara yang difikirkan berpatutan;
3)Seluruh penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa-apa unsur yang tidak baik daripada luar sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 1 dan Fasal 2;
Ł‡Ų°Ų§ ŁƒŲŖŲ§ŲØ Ł…Ł† Ł…Ų­Ł…ŲÆ Ų§Ł„Ł†ŲØŁŠ ŲØŁŠŁ† Ų§Ł„Ł…Ų¤Ł…Ł†ŁŠŁ† ŁˆŲ§Ł„Ł…Ų³Ł„Ł…ŁŠŁ† Ł…Ł† Ł‚Ų±ŁŠŲ“ ŁˆŲ£Ł‡Ł„ ŁŠŲ«Ų±ŲØ ŁˆŁ…Ł† ŲŖŲØŲ¹Ł‡Ł… ŁŁ„Ų­Ł‚ ŲØŁ‡Ł… ŁˆŲ¬Ų§Ł‡ŲÆ Ł…Ų¹Ł‡Ł…

“Inilah piagam bertulis dari Muhammad (Nabi) antara orang-orang mukmin dan muslimin kalangan Quraisy dan ahli Yathrib serta orang-orang yang mengikuti mereka, mempersatukan diri dan berjuang bersama-sama mereka”

Fasal 2 ada menyebut:
Ų£Ł†Ł‡Ł… Ų£Ł…Ų© ŁˆŲ§Ų­ŲÆŲ© Ł…Ł† ŲÆŁˆŁ† Ų§Ł„Ł†Ų§Ų³

“Bahawa mereka adalah satu umat, bebas daripada mana-mana pengaruh dan kekuasaan orang lain”

4)Seluruh penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing, dan tiada gangguan serta paksaan dalam hal keagamaan sebagaimana dalam nas Sahifah Fasal 25;
ŁˆŲ£Ł† ŁŠŁ‡ŁˆŲÆ ŲØŁ†ŁŠ Ų¹ŁˆŁ Ų£Ł…Ų© Ł…Ų¹ Ų§Ł„Ł…Ų¤Ł…Ł†ŁŠŁ† Ł„Ł„ŁŠŁ‡ŁˆŲÆ ŲÆŁŠŁ†Ł‡Ł… ŁˆŁ„Ł„Ł…Ų³Ł„Ł…ŁŠŁ† ŲÆŁŠŁ†Ł‡Ł…

“Bahawa orang-orang Yahudi Bani Auf adalah satu umat dengan orang-orang mukmin. Bagi penganut Yahudi mengamalkan agama mereka dan bagi penganut Islam beramal dengan agama mereka”

5)Keselamatan penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut. Sekiranya ada pengkhianatan maka tindakan undang-undang akan diambil sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 22 ;
ŁˆŲ£Ł†Ł‡ Ł„Ų§ ŁŠŲ­Ł„ Ł„Ł…Ų¤Ł…Ł† Ų£Ł‚Ų± ŲØŁ…Ų§ ŁŁŠ Ł‡Ų°Ł‡ Ų§Ł„ŲµŲ­ŁŠŁŲ© ŁˆŲ¢Ł…Ł† ŲØŲ§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲ§Ł„ŁŠŁˆŁ… Ų§Ł„Ų¢Ų®Ų± Ų£Ł† ŁŠŁ†ŲµŲ± Ł…Ų­ŲÆŲ«Ų§ Ų£Łˆ ŁŠŲ¤ŁˆŁŠŁ‡ ŁˆŲ£Ł† Ł…Ł† Ł†ŲµŲ±Ł‡ Ų£Łˆ Ų¢ŁˆŲ§Ł‡ ŁŲ„Ł† Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Ł„Ų¹Ł†Ų© Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲŗŲ¶ŲØŁ‡ ŁŠŁˆŁ… Ų§Ł„Ł‚ŁŠŲ§Ł…Ų© ŁˆŁ„Ų§ ŁŠŲ¤Ų®Ų° Ł…Ł†Ł‡ ŲµŲ±Ł Ų£Łˆ Ų¹ŲÆŁ„

“Bahawa seseorang yang beriman yang telah mengakui isi piagam ini dan percaya kepada Allah dan hari kiamat, tidak dibenarkan membantu pelaku kejahatan atau membelanya. Bahawa barangsiapa yang membantu serta melindunginya, dia akan mendapat kutukan dan kemurkaan Allah pada hari kiamat dan tidak ada sesuatu tebusan atau pengadilan sewajarnya yang dapat diterima”


AGENDA PENYATUAN UMMAH MELALUI PIAGAM

Menariknya, Piagam Madinah telah menempatkan non muslim sebagai komuniti yang diberi jaminan keamanan dan keselamatan dalam sebuah Negara Islam. Mereka diiktiraf sebagai rakyat Madinah yang mempunyai hak yang sama dengan orang Islam. Mereka bebas mengamalkan agama dan menjalankan adat resam tanpa menganggu ketenteraman dan kemuliaan Islam sebagai agama negara. Bahkan Piagam Madinah sangat mengutamakan penyatuan ummah dan menggesa agar penduduk saling hidup tolong-menolong dalam perkara kebaikan sekalipun berbeza anutan agama. Antara beberapa peruntukan dalam perlembagaan Madinah yang menyatakan wajibnya masyarakat Madinah hidup bertaawun antara satu sama lain:

Fasal 15 Perlembagaan Madinah:

ŁˆŲ£Ł† Ų°Ł…Ų© Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲ§Ų­ŲÆŲ© ŁŠŲ¬ŁŠŲ± Ų¹Ł„ŁŠŁ‡Ł… Ų£ŲÆŁ†Ų§Ł‡Ł… ŁˆŲ£Ł† Ų§Ł„Ł…Ų¤Ł…Ł†ŁŠŁ† ŲØŲ¹Ų¶Ł‡Ł… Ł…ŁˆŲ§Ł„ŁŠ ŲØŲ¹Ų¶ ŲÆŁˆŁ† Ų§Ł„Ł†Ų§Ų³

“Bahawa jaminan Allah itu satu, Dia melindungi yang lemah antara mereka. Bahawa orang-orang yang beriman itu hendaklah saling tolong-menolong antara satu sama lain tanpa dipengaruhi orang lain”

Sementara dalam Fasal 45 dinyatakan secara jelas agar umat Islam hendaklah memberi keutamaan dalam membentuk muwafakat dan penyatuan walaupun sebelum ini mereka yang menuntut muwafakat adalah musuh.

ŁˆŲ£Ł†Ł‡Ł… Ų„Ų°Ų§ ŲÆŲ¹ŁˆŲ§ Ų„Ł„Ł‰ ŲµŁ„Ų­ ŁŠŲµŲ§Ł„Ų­ŁˆŁ†Ł‡ ŁˆŁŠŁ„ŲØŲ³ŁˆŁ†Ł‡ ŁŲ„Ł†Ł‡Ł… ŁŠŲµŲ§Ł„Ų­ŁˆŁ†Ł‡ ŁˆŁŠŁ„ŲØŲ³ŁˆŁ†Ł‡ ŁˆŲ£Ł†Ł‡Ł… Ų„Ų°Ų§ ŲÆŲ¹ŁˆŲ§ Ų„Ł„Ł‰ Ł…Ų«Ł„ Ų°Ł„Łƒ ŁŲ„Ł† Ł„Ł‡Ł… Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł…Ų¤Ł…Ł†ŁŠŁ† Ų„Ł„Ų§ Ł…Ł† Ų­Ų§Ų±ŲØ ŁŁŠ Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ†

“Bahawa apabila mereka diajak berdamai yang dapat menjalinkan perdamaian dan mententeramkan suasana, maka orang-orang yang beriman wajib menyambutnya untuk berdamai serta mententeramkan suasana kecuali orang-orang yang memerangi agama”

Konsep Ta’aawun Siyasi yang dicernakan dizaman Rasulullah S.A.W adalah dasar yang membentuk kesatuan dan mengelakkan perpecahan sesama sendiri bagi memudahkan laluan untuk menegakkan hukum Allah. Oleh kerana itulah para ulama mengharamkan perpecahan yang berlaku akibat kerakusan nafsu dan pemikiran manusia yang tidak merujuk kepada nas agama.  Dalam Fatwa Lajnah Al-Dai’mah dinyatakan:
ŁƒŁ„ ŁŲ±Ł‚Ų© Ł…Ł† Ł‡Ų¤Ł„Ų§Ų” ŁŁŠŁ‡Ų§ Ų®Ų·Ų£ ŁˆŲµŁˆŲ§ŲØ، ŁŲ¹Ł„ŁŠŁƒ ŲØŲ§Ł„ŲŖŲ¹Ų§ŁˆŁ† Ł…Ų¹Ł‡Ų§ ŁŁŠŁ…Ų§ Ų¹Ł†ŲÆŁ‡Ų§ Ł…Ł† Ų§Ł„ŲµŁˆŲ§ŲØ، ŁˆŲ§Ų¬ŲŖŁ†Ų§ŲØ Ł…Ų§ ŁˆŁ‚Ų¹ŲŖ ŁŁŠŁ‡ Ł…Ł† Ų£Ų®Ų·Ų§Ų” ، Ł…Ų¹ Ų§Ł„ŲŖŁ†Ų§ŲµŲ­، ŁˆŲ§Ł„ŲŖŲ¹Ų§ŁˆŁ† Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„ŲØŲ± ŁˆŲ§Ł„ŲŖŁ‚ŁˆŁ‰
“Setiap kelompok manusia itu pada mengemukakan agenda mereka adanya kesilapan dan ada yang betul. Maka hendaklah kamu saling tolong-menolong bersama kelompok mereka jika ada agenda kebenaran yang dibawa. Dan hendaklah dijauhi daripada segala kesalahan dengan mengemukakan nasihat dan saling tolong-menolong diatas kebaikan dan takwa”
Islam menyuruh umatnya melakukan ta’aawun dalam perkara Birr dan Taqwa. Dalam Tafsir Zhilal Al-QuranAl-Birr membawa makna segala perbuatan yang baik. Sementara dalam Tafsir Al-Alusi bermaksud; semua perkara baik yang membawa kepada ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam mentafsirkan ayat 2 Surah Al-Maidah, berkata Imam Ibnu Kathir:

ŁŠŲ£Ł…Ų± Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ Ų¹ŲØŲ§ŲÆŁ‡ Ų§Ł„Ł…Ų¤Ł…Ł†ŁŠŁ† ŲØŲ§Ł„Ł…Ų¹Ų§ŁˆŁ†Ų© Ų¹Ł„Ł‰ ŁŲ¹Ł„ Ų§Ł„Ų®ŁŠŲ±Ų§ŲŖ ŁˆŁ‡Łˆ Ų§Ł„ŲØŲ± ، ŁˆŲŖŲ±Łƒ Ų§Ł„Ł…Ł†ŁƒŲ±Ų§ŲŖ ŁˆŁ‡Łˆ Ų§Ł„ŲŖŁ‚ŁˆŁ‰ ، ŁˆŁŠŁ†Ł‡Ų§Ł‡Ł… Ų¹Ł† Ų§Ł„ŲŖŁ†Ų§ŲµŲ± Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„ŲØŲ§Ų·Ł„ ŁˆŲ§Ł„ŲŖŲ¹Ų§ŁˆŁ† Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł…Ų¢Ų«Ł… ŁˆŲ§Ł„Ł…Ų­Ų§Ų±Ł…

“Allah SWT menyuruh hamba-Nya dikalangan orang beriman agar sentiasa bantu membantu melaksanakan agenda kebaikan iaitulah al-Birr disamping meninggalkan perkara mungkar iaitu dinamakan takwa. Allah juga melarang mereka dari memberi pertolongan dalam perkara batil dan berta’aawun diatas agenda yang membawa dosa dan perkara haram”. (Tafsir Ibnu Kathir)
Ulama kontemporari yang dianggap sebagai mufassir bertaraf mujtahid iaitu Imam Sya’rawi pula ada mentafsirkan ayat Ta’aawun ini dengan katanya:
Ł‡Ų°Ł‡ Ų§Ł„Ų¢ŁŠŲ© ŲŖŲ¬Ų¹Ł„ Ł‚Ų¶ŁŠŲ© Ų§Ł„Ų„ŁŠŁ…Ų§Ł† Ł‚Ų¶ŁŠŲ© Ų¹Ų§Ł„Ł…ŁŠŲ© ŁˆŁƒŁ„Ł…Ų© ŲŖŲ¹Ų§ŁˆŁ† Ų¹Ł„Ł‰ ŁˆŲ²Ł† ŲŖŁŲ§Ų¹Ł„ ŁˆŲ§Ł„ŲŖŁŲ§Ų¹Ł„ ŁŠŲ£ŲŖŁ‰ Ł…Ł† Ų§Ų«Ł†ŁŠŁ† Ł…Ų«Ł„ ŲŖŲ“Ų§Ų±Łƒ Ų£Łˆ ŲŖŁ‚Ų§ŲŖŁ„ ، ŁˆŁ‡Łˆ Ų£Ł…Ų± Ł„ŁƒŁ„ Ų¬Ł…Ų§Ų¹Ų© Ų£Ł† ŲŖŲŖŲ¹Ų§ŁˆŁ† Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ų®ŁŠŲ±، ŁˆŁ„ŁŠŲ¹Ł„Ł… ŁƒŁ„ Ų„Ł†Ų³Ų§Ł† Ų£Ł† Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† Ų·Ł„ŲØ Ł…Ł†Ų§ Ų£Ł† ŲŖŁƒŁˆŁ† ŁƒŁ„ Ų­ŁŠŲ§ŲŖŁ†Ų§ Ł„Ł„Ų®ŁŠŲ± ....ŁˆŁ‚ŲÆ Ų¬Ų§Ų” Ų§Ł„ŲŖŲ¹ŲØŁŠŲ± Ų¹Ł†Ł‡ ŲØŲµŁŠŲŗŲ© Ų§Ł„Ų£Ł…Ų± ŁˆŲ°Ł„Łƒ ŁŠŲ¹Ł†ŁŠ Ų£Ł† Ų§Ł„ŲŖŲ¹Ų§ŁˆŁ† ŁˆŲ§Ų¬ŲØ Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł…Ų³Ł„Ł…ŁŠŁ†

“Ayat ini menjadikan persoalan iman sebagai persoalan yang bersifat meluas dan keantarabangsaan. Kalimah Ta’aawun diatas wazan tafaa’ul dan tafaa’al mesti datang daripada dua pihak seumpama perkataan berkongsi atau saling berbunuhan. Ia adalah arahan kepada setiap jamaah saling membantu diatas perkara kebaikan. Setiap manusia perlu tahu bahawa agama menuntut kita agar melaksanakan kebaikan dalam kehidupan....Pada ayat tersebut didatangkan dengan sighah Amar ini membawa erti bahawasanya Ta’aawun adalah wajib keatas sekalian muslimin”. (Tafsir Sya’rawi)


PENUTUP

Model penyatuan Islam yang digarapkan dalam Piagam Madinah perlu diperbincangkan secara mendalam bagi menggali semula hikmah yang hilang dalam kalangan umat Islam khasnya dalam menerajui sebuah pentadbiran Negara. PAS sebagai sebuah parti Islam perlu memacu ummah ke arah  penyatuan yang bersifat ‘Alamiyah demi untuk memertabat Islam sebagai agama persekutuan. Penulis mencadangkan agar model pentadbiran Rasulullah S.A.W turut dijadikan silibus tetap dalam agenda pendidikan dan pentarbiahan umat Islam terutamanya dalam Ijtima’, Kuliah Haraki dan Liqa’ Fikri PAS.

ŁˆŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„Ł‰ Ų³ŁŠŲÆŁ†Ų§ Ł…Ų­Ł…ŲÆ ŁˆŲ¹Ł„Ł‰ Ų¢Ł„Ł‡ ŁˆŲµŲ­ŲØŁ‡ ŁˆŲØŲ§Ų±Łƒ ŁˆŲ³Ł„Ł…


Disediakan oleh:

Mohd Asri Mat Daud
Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat

Sumber : tarbawi.my

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo