NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti MUDA Tiru NGO MUDA


Angkatan Demokrasi Milenial Bersekutu (Muda) kesal apabila nama parti baharu bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggunakan singkatan nama yang sama.

Aktivis Muda, Onn Mahathir Md Nasir berkata, persamaan singkatan nama parti baharu itu dengan singkatan nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk orang muda dianggotainya boleh mengelirukan terutama NGO Muda sudah bertapak terlebih dahulu di negeri ini

Malah Onn Mahathir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-Undang, Intergriti dan Antarabangsa Dewan Muda Johor (DMJ) mendakwa, logo dan identiti parti baharu itu juga mirip kepada NGO Muda.

“Dia boleh terus guna agenda untuk manipulasi dan tubuh seberapa banyak parti. Dia pernah gagal urus parti lama yang dia juga tubuhkan.

“Kita tak boleh lupa yang Syed Saddiq adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal. Muda akan terus bergerak untuk pastikan agenda Syed Saddiq tidak bertapak di Johor,” katanya dalam satu kenyataan. - ShahAlamku

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo