Ada berapa sektor ekonomi kita?
Sektor ekonomi ada tiga.
Sektor utama melibatkan pengeluaran secara langsung daripada alam semulajadi tanpa pengubahsuai produk tersebut seperti pertanian, perikanan, perhutanan, perlombongan dan sebagainya.
Sektor kedua pula adalah kegiatan atau pemprosesan yang memerlukan produk semulajadi itu diproses menjadi barang siap atau barang separa siap. Contoh, kilang proses makanan, kilang elektronik, kilang membuat komponen barang dan sebagainya.
Sektor ketiga pula adalah sektor perkhidmatan. Apa sektor perkhidmatan ini buat? Ia memberi khidmat servis contohnya doktor, tentera, jurujual, juruwang dan sebagainya.
Korang perasan tak yang kita sangat terkehadapan dalam sektor kedua dan ketiga. Tapi kurang kompeten dalam sektor pertama. Mungkin kurang popular kut..
Kalau tengok dari skill pekerjaan.
Sektor kedua adalah sektor yang tidak memerlukan skill yang tinggi dan kurang risiko. Ye la, makan gaji je.
Sektor ketiga pula, memerlukan pendidikan yang tinggi atau sederhana untuk terlibat dalam sektor ini. Ada yang perlu menghadapi risiko besar atau risiko kecil. Tertakluk jenis pekerjaan yang diceburi.
Manakala sektor pertama, tidak memerlukan taraf pendidikan yang tinggi tapi memerlukan daya ketahanan yang tinggi, risiko yang tinggi dan mempunyai sumber alam yang ingin diterokai atau diusahakan.
Ok, jadi kalau perasan banyak anak muda lebih berminat sektor ketiga dan kedua. Sebab apa, selepas prinsip "Pandangan ke Timur" diperkenalkan. Sektor pertama mendapat perhatian yang agak kurang bagi penduduk bandar atau orang yang mempunyai akademik yang agak baik. Perdana Menteri yang ke-4 bercita-cita untuk menjadikan sains dan taknologi sebagai asas utama negara sehinggalah tercetus Wawasan 2020.
Maka sektor pertama ini tidak dapat diusahakan secara sistematik dan bersepadu, serta banyak diusahakan oleh orang kampung atau orang yang lebih bangsawan (tapi guna pekerja asing sebab nak kurangkan kos). Banyak sebenarnya kekangan bila sektor ini dianaktirikan.
Hahaha. Ok, masuk part lain pulak
Kenapa orang tak nak melabur dalam sektor pertama? Sebenarnya ada beberapa faktor la.
1. Sebab harga komoditi tidak tetap.
2. Tanaman atau ternakan terdedah dengan penyakit. (Petani ni bukan doktor pun yang boleh tahu penyakit tanaman)
3. Modal yang besar perlu dilaburkan tetapi keuntungan tidak dapat dijana dengan sekejap seperti produk siap atau separa siap.
4. Memakan masa yang lama untuk menunggu hasil tuaian atau hasil ternakan.
5. Kurang agensi berpusat yang mampu menyatukan mereka. Jadi bila buat secara kecil-kecilan mereka tak dapat marginal untung yang besar dan terdedah dengan risiko lingkup.
6. Modal untuk baja, atau makan haiwan (kos tetap yang perlu dikeluarkan)
Kesannya, negara kita tidak dapat menjamin food security. Apa jadi bila kita berhadapan krisis dengan negara luar? Kita kena tahu bahawa, kita banyak import makanan daripada negara luar. Contohnya padi yang merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Menurut Statistik Tanaman pada tahun 2019, Malaysia mempunyai 384, 162 hektar tanah di Semenanjung dengan pengeluaran sebanyak 2, 517, 406 tan metrik (untuk semenanjung) pada musim tuaian pertama dan 1,636,313 tan metrik pada tuaian kedua. Tetapi, jumlah ini masih tidak mencukupi buat rakyat Malaysia jadi, negara kita masih perlu mengimport beras dari Thailand dan India.
Yup kita ada export beras kita tapi dalam 30% je la.
So, cuba tengok dalam jangka masa panjang pulak. Kalau production barang yang kita hasilkan sikit. Maka kita akan bergantung kepada produk luar. Bila sebut pasal ini, kerugiannya adalah kita mungkin berhadapan dengan beberapa faktor seperti ketidaktentuan ekonomi atau alam negara tersebut, hubungan diplomatik dan nilai matawang negara yang tidak tentu.
Jadi, apa solusi yang kerajaan boleh buat?
1. Subsidi
2. Beri modal kepada petani (masukkan dalam bajet tahunan)
3. Wujudkan koperasi yang mampu menjaga kepentingan petani (buat polisi)
4. Teruskan Felda dan Felcra
Sebenarnya dari sektor pertama inilah akan mencipta sistem perniagaan. Dari petani kemudian pegilang kemudian, peruncit dan akhirnya pengguna. Bisnes cycling akan berlaku dan ia juga secara tak langsung mewujudkan peluang pekerjaan.
No comments
Post a Comment