NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengapa Kilang Haram Enggan Buka Pintu?


1. Barangkali ramai juga tertanya-tanya mengapa kilang yang dikategorikan sebagai haram ini tidak dirobohkan seperti gerai-gerai peniaga kecil sebelum ini. Menurut Harian Metro, kilang ini dikatakan beroperasi secara haram. Andai sekiranya peniaga kecil yang mencari rezeki melalui premis tidak sah atau haram boleh dikenakan tindakan, maka begitu jugalah tindakan yang harus dikenakan ke atas kilang yang dikatakan beroperasi secara haram ini.

2. Ini kerana, kerosakan atau mudarat yang dihasilkan oleh kilang ini jauh lebih besar impak negatifnya ke atas rakyat. Kilang ini dikatakan menjadi punca kepada pencemaran sungai yang telah menyebabkan rakyat Selangor menderita terputus bekalan air.


3. Andai diperhatikan sebelum ini, Majlis Perbandaran Selayang dilihat aktif merobohkan gerai-gerai atau binaan haram. Jadi barangkali bertitik tolak di sinilah ada yang tertanya-tanya, mengapa gerai atau binaan haram ini boleh dikenakan tindakan segera sedangkan kilang ini, MPS dilihat seakan-akan memberikan alasan bahawa pihak kilang menutup pintu.

4. Apabila disemak dalam internet, nampaknya memang banyak operasi perobohan dilakukan oleh pihak MPS. Syabas diucapkan atas tindakan segera pihak MPS merobohkan gerai-gerai atau binaan haram ini. Antaranya:


(a) MPS Roboh Dua gerai Haram
https://www.sinarharian.com.my/article/63275/EDISI/Selangor-KL/MPS-roboh-dua-gerai-haram

(b) MPS Roboh Gerai, Rampas Ternakan
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/517225/mps-roboh-gerai-rampas-ternakan

(c) MPS Roboh Dua Struktur Gerai Haram
https://selangorkini.my/2019/12/mps-roboh-dua-struktur-gerai-haram/

4. Masyarakat barangkali amat berharap, andai gerai haram kecil-kecilan ini boleh dikenakan tindakan, begitu juga tindakan tegas mesti dikenakan ke atas kilang haram yang telah menyusahkan jutaan penduduk Selangor.

Semoga Allah membimbing kita

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo