NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa Kami Tetap Wala'


"Kami patuh kami taat" . 
Ini bukan kebodohan seperti yang diprejudiskan. 

Orang yang ikhlas dalam memahami budaya organisasi sihat, akan mengakui bahawa kestabilan dalaman bermula dengan kesatuan . 

Setiap peringkat dalam organisasi mempunyai fungsi dan peranan. Jika dalam satu perahu besar apabila ada kumpulan semua sibuk nak jadi nakhoda, perahu tak bergerak, destinasi tak sampai dan paling buruk perahu dibadai ombak kerana berlengah-lengah kerana sibuk bertelagah. 

Ini kemanisan wala' sebagai pendekatan untuk kestabilan dan kesatuan untuk menuju kejayaan. Kita tak nafikan sebarang kelemahan atau kekecewaan yang mungkin ada sana sini. Cuma perkara yang paling penting , kita mahu perahu kita selamat. 

Parti kita terus kuat untuk fokus memberi memberi khidmat untuk rakyat, sudah tentu untuk mencari redha Tuhan. Bukan macam parti lain yang terbang kerusi ketika pemilihan , hatta sampai jatuh melingkup kerajaan kerana sibuk nak pilih siapa jadi PM. 

Kami barisan  Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM baru sahaja habis melaksanakan muktamar ke 61 dengan tema 'MEMIMPIN NEGARA' . 

Muktamar bersejarah sebagai sebahagian daripada kerajaan kini, menyorot posisi yang dimainkan sejak menjadi pembangkang melalui beberapa rentetan gerakan strategik berikut;

#######

Era Pembangkang Konstruktif
==========

šŸ“Œ Pendekatan sebagai pembangkang konstruktif dan kolaboratif menyatukan pemuda dikalangan parti pembangkang . Pendekatan ini membawa kepada penganjuran Dialog Awam Mega Anak Muda yang menghimpunkan semua pimpinan politik anak muda ( termasuk kerajaan ) untuk membincangkan isu-isu anak muda. 

šŸ“Œ Pendekatan responsif melalui media , rapat umum dan forum terbuka terhadap isu domestik yang khusus menyentuh anak muda. 

Era Berkerajaan Efektif
========

šŸ“Œ Pendekatan libat-urus bersama kementerian , ejensi atau sebarang entiti dalam memberi pandangan terhadap penyelesaian isu penting bagi memperkukuhkan kerajaan ;

šŸŽÆ 5 Jun 2020 , bersama Menteri Pengangkutan membincangkan Isu Pemandu Mabuk . Syor DPPM berkenaan penyelesaian masalah penyalahgunaan alkohol telah telah dibentang serta diterima dan akhirnya, Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang memperuntukkan hukuman lebih berat kepada kesalahan pemandu mabuk yang menyebabkan kematian telah berjaya diluluskan. 

šŸŽÆ  28 Julai 2020, bertemu menteri di JPM (hal ehwal agama) mengutarakan 5 perkara penting ;

1. Sektor Pendidikan , Sektor Anak Muda , Jabatan Profesional , Jabatan Amal Malaysia yang merupakan ejensi atau entiti penting dalam DPPM memberi komitmen untuk membantu Kementerian Agama untuk mendekati belia dan beliawanis bagi memperkukuhkan fikrah Islami dan modal insan berteras Islam sebagai Agama Persekutuan . 

2. Penegasan RUU 355 dapat dibentang dan dibahas dalam sidang Dewan Rakyat akan datang. 

3. Komitmen DPPM untuk penyediaan Modul cadangan dan tenaga pakar dalam usaha Pembangunan Program Tarbiyah dan Pemulihan golongan Transgender (PTPT) yang holistik. 

4. Komitmen DPPM mewakili Pemuda Muafakat Nasional menegaskan agar pihak kerajaan menyegerakan penubuhan RCI untuk isu Tabung Haji. 

5. Saranan DPPM agar usaha dakwah dan kebajikan umat Islam di Sabah dan  Sarawak dapat diberi perhatian lebih serius dan menyeluruh. 

šŸŽÆ 4 September 2020, pertemuan dengan YAB PM dengan membawa kertas cadangan penyelesaian untuk MENGURANGKAN PENGANGGURAN di kalangan anak muda (Pekeja Belia dan Graduan) yang meletakkan 3 Teras Strategik ( Perluasan Jaringan, Peringkatan Kemahiran dah Pertambahan Peluang). 3 Teras Strategik ini melibatkan cadangan dasar bagi jangkamasa pendek dan panjang seperti berikut ; 

Jangkamasa Pendek
--------
1. Transformasi portal ‘myfuturejobs’ dan ‘jobsmalaysia’ menjadi Platform Pemadanan Kerjaya Bersepadu Nasional

2. Galakan graduan untuk melanjutkan pelajaran & meningkatkan kemahiran melalui pensijilan profesional
 
3. Perluasan peluang pekerjaan dalam sektor awam dan badan berkanun
 
4. Elaun pencari kerja belia melalui takaful pekerjaan Malaysia
 
5. Program penugasan semula pekerjaan dalam sektor terpilih
 
6. Pembinaan ekosistem latihan dalam industri yang lengkap

Jangkamasa Panjang
--------
1. Kerjasama antara industri & institusi pendidikan dalam mewujudkan kurikulum pendidikan menengah yang mesra industri & SME menuju IR 4.0

2. Penaiktarafan sektor pendidikan teknikal & vokasional
 
3. Wakaf pembangunan Start-Up belia

4. Insentif pengecualian cukai kepada entiti perniagaan belia

5. Insentif pengurangan cukai kepada syarikat-syarikat dan entiti mesra-pekerja belia

6. Intensifikasi ‘Social Enterprise’ (SE) belia tempatan

#######

Inilah peranan kami pemuda PAS Malaysia . Dengan tema #MemimpinNegara kami semakin mantap melangkah . 

Melaksanakan satu demi satu rencana dalam kekalutan politik yang ada sekarang dengan cabaran Covid19 yang belum berkesudahan. 

Pemuda PAS Malaysia bersama seluruh anak muda akan fokus bekerja mencari penyelesaian untuk masalah anak muda dan rakyat. 

Kami taat kepada pimpinan. Tinggalkan segala drama perebutan kerusi yang mengganggu kestabilan politik. 

Kalau ditanya lagi, kenapa kamu masih Wala'(Taat) dan bersabar???

Dengan yakin kami menjawab;

Kami terus dan sentiasa wala' #DemiIslam , #DemiNegara dan #DemiRakyat . Kami bersama pimpinan kami,  tinggalkan perbalahan dan fokus bekerja untuk #MemimpinNegara ke arah #MalaysiaSejahtera " 

Sebarkan tulisan ini dan semoga bermanfaat!

Exco Pemuda PAS Malaysia Menulis
Coretan Pasca Muktamar 
Pulau Pinang , 13 September 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo