Kapal Terbang AS Menyamar Jadi Pesawat Malaysia, Intip Oangkalan Tentera China

Pesawat pengintip RC-135W Rivet Joint terbang dari pulau Hainan pada hari Selasa lalu.


SEBUAH pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa menggunakan kod transponder untuk menyamar sebagai pesawat dari Malaysia secara elektronik sewaktu mengintip pangkalan tentera China.

Perkara itu dilaporkan oleh majalah sains dan teknologi AS, Popular Mechanics yang memetik kata-kata pakar dari China.

Pesawat pengintip RC-135W Rivet Joint terbang dari pulau Hainan pada Selasa, terbang pada jarak 90 kilometer (km) dari daratan China.

Inisiatif Penyelidikan Laut China Selatan, pasukan pakar yang dikendalikan kerajaan China berkongsi paparan skrin mengenai hal itu.

Ia menunjukkan RC-135W berlepas dari Pangkalan Udara Kadena, sebuah pangkalan Tentera Udara AS di pulau Okinawa.

Ia terbang ke arah barat daya, mengikuti rantaian kepulauan Ryukyu, melewati Taiwan, untuk melayari pantai Pulau Hainan.

"Nombor Mode-S Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pesawat, pengecam 24-bit yang diberikan kepada semua pesawat dan disiarkan oleh transponder onboard, adalah AE01CE.

"Pada satu ketika, nombor Mode-S pesawat tiba-tiba berubah, dari AE01CE menjadi 750548.

"Itu nombor ICAO untuk pesawat Malaysia yang tidak diketahui," lapor syarikat penerbitan dari AS itu lagi. - The Star.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post