NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JAKIM Sahkan EZ Mini Crunchies Crispy Mengandungi Babi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk bijirin EZ Mini Crunchies Crispy keluaran syarikat Bee Cheng Hiang bukan pemegang dan tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan tidak halal daripada sumber babi.

Masyarakat seharusnya tidak terkeliru berikutan sudah tertera pada bungkusan bahawa ia mengandungi ‘Crispy Pork Floss’ yang sememangnya adalah daripada sumber tidak halal.

Jakim dalam satu kenyataan mengingatkan pengguna khususnya umat Islam di negara ini supaya meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membelinya.“Ramai pengguna yang mula menularkan di media sosial berkaitan status produk bijirin itu yang didakwa tidak halal selain menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna khususnya pengguna Islam.

“Untuk makluman, produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya.

Justeru, katanya, pengguna dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya.

“Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini. 

“Pengguna boleh membuat semakan di www.halal.gov.my dan aplikasi telefon pintar SmartHalal (http://www.smarthalal.com.my/faq.html) bagi mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo