NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Desak Usul Segera Berkaitan Tuntutan Baharu Filipina


KOTA KINABALU: Satu usul segera perlu bagi membahaskan usaha baharu Filipina untuk menuntut pemilikan Sabah.

Sehubungan itu Ahli Dewan Negara, Adrian Lasimbang mencadangkan supaya menangguhkan majilis mesyuarat untuk merundingkan usul berkenaan, dan tidak boleh dipandang ringan.

“Saya mencadangkan agar majilis mesyuarat ini ditangguhkan mengikut peraturan mesyuarat 17(1) bagi membahaskan berkenaan tuntutan Filipina terhadap Sabah baru-baru ini melalui pengeluaran satu peta yang menyatakan bahawa Sabah sebahagian daripada wilayah negara itu.

“Ini adalah satu tindakan provokatif yang menggugat dan mencabar kedaulatan Malaysia dan Kedaulatan Sabah yang berada dalam Persekutuan Malaysia.

“Usul ini satu perkara yang mustahak bagi kedaulatan negara dan satu pelanggaran terhadap kerjasama serantau melalui ASEAN serta melanggar perjanjian di peringkat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu( PBB),” katanya.

Senator itu turut menegaskan bahawa usul itu perlu disegerakan kerana sebarang tindakan yang mempersoal kedaulatan Malaysia adalah satu isu keselamatan dan tidak boleh diambil ringan.

“Tuntutan Negara Filipina terhadap Negeri Sabah telah mengugat ketenteraman dan menimbulkan kerisauan akan keselamatan dalam kalangan rakyat Sabah, apatah lagi kehadiran pendatang tanpa izin dari Filipina yang cukup ramai di negeri ini.

“Usul ini juga membabitkan kepentingan ramai kerana ia melibatkan persempadanan negara , penguatkuasaan undang -undang maritim dan imigresen.

“Malaysia sebuah negara yang mengamalkan prinsip “non-confrontational” dalam menangani isu diplomatik perlu membuat tindakan yang proaktif yang memerlukan tindakan pantas daripada kerajaan melalui Wisma Putra untuk menangani masalah ini,” katanya.

Katanya, kerjasama Tan Sri Yang dipertua dalam menerima usul ini dibawa ke Dewan yang mulia ini dan dibahaskan amatlah dihargai.

Sumber: https://www.borneotoday.net/desak-usul-segera-berkaitan-tuntutan-baharu-filipina/




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo