Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura



oleh: Abdullah Hassan
21 September2020

Tamadun Melayu itu adalah sebuah tamadun samudera yang agung dan tua. Ia sudah berusia lebih daripada empat milenia. Ada bukti dalam catatan sejarah China bahawa orang Melayu itu wujud di daerahnya, Nusantara, lebih empat ribu rahun dahulu.

Bahasa Melayu kita itu adalah bahasa perantaraan di kepulauan Melayu ini. 

Apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, itu adalah sebahagian daripada kewajaran kewujudannya. 

Malah bahasa Melayu itu masih luas digunakan di Thai Selatan, Myanmar Selatan, Kemboja, Vietnam, dan Filipina. 

Kata seorang murid sekolah di Malaysia dalam karangannya, "Kita sebagai rakyat Malaysia wajar mengangkat bahasa Melayu itu sebagai bahasa yang boleh memajukan negara. 

Pelaksanaan MBMMBI juga merupakan satu kemenangan kepada pejuang-pejuang bahasa yang tidak berputus asa bagi merealisasikan usaha ini. 

Semua lapisan masyarakat tidak mengira umur, bangsa atau kaum harus menyedari hakikat bahawa jika kita hendak maju seperti negara Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri, kita harus bermula dari sekarang. 

Biarpun permulaannya agak perlahan namun jika kita sentiasa mengamalkannya dan menerajuinya, kita mampu menjadi seperti negara Jepun bahkan lebih maju daripadanya. 

Langkah ini diibaratkan seperti bayi yang baru merangkak hingga menjadi seorang pemimpin yang berjaya."

Pertanyaan dia pada hujung karangannya menyatakan kesangsian yang berlaku sekarang. "Adakah kita mampu melakukannya? Tepuk dada , tanya selera."

Ya, kata dia, jikalau mahu!
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post