Akhirnya PKR Akur Dengan 7 Kerusi..


KOTA KINABALU: Persoalan jumlah kerusi ditandingi PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terjawab apabila parti itu akan meletakkan calon di 7 kerusi ditinggalkan rakan mereka dalam Warisan Plus.

Pengerusi PKR Sabah Christina Liew bersama majlis pimpinan negeri (MPN), mencapai kata sepakat, dengan Warisan untuk bertanding pada PRN 26 September ini.

Kerusi itu adalah Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api Api, Klias dan Sook.

Dalam kenyataan hari ini Liew berkata, keputusan itu dipersetujui Presiden PKR Anwar Ibrahim dan menyokong keputusan pemimpin tempatan untuk kepentingan Sabah.


“Kami gembira dapat bergabung dengan Warisan, DAP, Upko dan Amanah bagi memastikan kami tetap menjadi unit yang strategik, stabil dan bersatu mempertahankan kehendak dan mandat rakyat.

“Walaupun memutuskan menggunakan logo sendiri, kami berharap pengundi Sabah akan terus memberikan sokongan kepada pakatan ini.

“Kami berpegang teguh pada kepercayaan dan kerjasama yang terjalin dalam komponen perikatan ini, dan kami menyokong kepemimpinan (presiden Warisan) Shafie Apdal untuk memimpin negeri ini menuju kejayaan,” katanya.

Terdahulu Shafie mengumumkan Warisan dan sekutunya, Upko, DAP dan Amanah, akan bertanding di 66 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini bermakna PKR hanya ada 7 kerusi walaupun parti itu mengumumkan akan bertanding di 14 kerusi semalam.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post