Ahmad Faizal Negatif COVID-19, Jalani Kuarantin Di Rumah


IPOH, 28 Sept -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, disahkan negatif COVID-19 selepas saringan dilakukan sebaik pulang dari Sabah pada 20 Sept lepas.

Bagaimanapun Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan berkata, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu memutuskan untuk menjalani kuarantin di rumahnya sebagai langkah proaktif, tanpa apa-apa arahan dari mana-mana pihak.

“Beliau akan menjalani kuarantin di rumahnya di ibu negara.

“Ini adalah susulan peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19 di Sabah sepanjang kempen Plihan Raya Negeri Sabah,” kata kenyataan itu.

Justeru, kenyataan itu turut menyebut Ahmad Faizal tidak akan menghadiri mana-mana majlis rasmi sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya semua mesyuarat penting juga akan berlangsung secara sidang video dari rumahnya bagi, mengelakkan penularan wabak COVID-19.

-- BERNAMA

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post