NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah PRN Sabah Akan Terhalang?


Saya telah menulis sebelum ini bahawa besar kemungkinan Tan Sri Musa Aman akan menang di dalam cabaran beliau ke atas tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah memecat beliau dan melantik Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei 2018 yang mana beliau telah diberi kebenaran untuk merayu oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.
Antara hujah-hujah kuat peguam Tan Sri Musa Aman ialah bahawa:
(1) Yang di-Pertua Negeri telah memintas proses perlembagaan di dalam memecat Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah tanpa terlebih dahulu memberikan peluang kepada Tan Sri Musa Aman untuk meminta pembubaran Dewan Undangan Negeri.
(2) Kes ini bertentangan dengan kes Perak di mana Menteri Besar Perak meminta pembubaran Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perkara 16(6) Perlembagaan Perak yang kemudiannya tidak diperkenankan oleh Sultan Perak. Hanya permintaan ini dibuat dan ditolak barulah Menteri Besar Perak boleh dipecat oleh Sultan dari jawatan beliau.

(3) Yang di-Pertua Negeri perlu mewawancara semula semua Ahli Dewan Undangan Negeri atau majoriti daripada mereka sebelum melantik Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah. Yang di-Pertua Negeri sebaliknya hanya mewawancara enam (6) Ahli Dewan Undangan Negeri yang membuat akuan bersumpah bahawa mereka menukar sokongan daripada Tan Sri Musa Aman kepada Datuk Seri Shafie Apdal.
Jam 900 pagi esok, Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan Datuk Jahid @ Noordin Jahim untuk menggantung keputusan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah dan pengeluaran writ atau notis untuk PRN Sabah oleh SPR sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskan cabaran Tan Sri Musa Aman ini.
Satu perkembangan yang sangat menarik nampaknya, dan ini adalah selari dengan anjuran saya sebelum ini agar permohonan sebegini dibuat secara rasmi di mahkamah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo