NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warga emas hilang wang simpanan hampir setengah juta ditipu Macau scam

SEORANG wanita yang juga peneroka di sebuah Felda dekat Bentong terpaksa berputih mata apabila kerugian RM496,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula pada 19 Julai lalu apabila mangsa berusia 60 tahun menerima panggilan daripada seseorang individu yang menyamar sebagai pegawai Pos Laju.

"Suspek mendakwa mangsa mempunyai parcel yang kononnya ada kesalahan pengubalan wang haram.

"Mangsa bagaimanapun menafikan perkara itu sebelum disambungkan kepada seorang pegawai polis kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah," katanya dalam satu kenyataan media di Bentong, hari ini.

Beliau berkata, suspek mendakwa boleh menolong mangsa sebelum wanita itu menerima mesej WhatsApp memintanya memindahkan wang daripada akaun ASB ke dalam akaun Maybank miliknya.

"Pada 24 Julai lalu, mangsa kemudian membuat pindahan wang sebanyak RM500,000 dari akaun ASB ke dalam akaun Maybank menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM516,000.

"Pada 25 Julai lalu, kira-kira 10 pagi, mangsa menerima panggilan dari nombor +77088454700 dan meminta pengadu meletakkan kad ATM Maybank miliknya di dalam pasu bunga di depan kedai jual makanan haiwan di bandar Karak.

"Suspek juga meminta nombor PIN kad itu dan pengadu pun bagi nombor berkenaan. Isnin lalu, mangsa ingin membuat kad ATM baharu sebelum mendapati wang di dalam akaun sebanyak RM496,000 sudah tiada," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang menyedari dirinya ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - SH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo