NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tunggu Kenyataan KKM - Khairuddin

 Gambar oleh Shafwan Zaidon

KUALA TERENGGANU: "Tunggu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)," kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengesahkan akan akur dengan panduan dan peraturan serta arahan ditetapkan KKM.

"Tunggu sahaja kenyataan termasuk keputusan rasmi ujian COVID-19 dilakukan KKM.

"Sebagai menteri Kabinet yang bertanggungjawab, saya akan akur dengan apa juga kenyataan dikeluarkan KKM," katanya ketika ditemui selepas dianugerahkan Pangkat Pesuruhjaya Kehormat (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di sini, malam tadi.

Dr Mohd Khairuddin berkata demikian ketika mengulas dakwaan beliau tidak mematuhi kuarantin selepas pulang dari luar negara yang menjadi isu panas dan perdebatan di Dewan Rakyat kelmarin juga dalam kalangan netizen di media sosial.

Beliau berkata, ujian COVID-19 sudah dilakukannya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pulang daripada lawatan tidak rasmi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai lalu sebelum menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penutupan surau Al-Mustaqim di Kampung Banggol Pauh dan Masjid Seberang Bukit Tumbuh, dalam parlimen Kuala Nerus yang dikaitkan dengan COVID-19, beliau enggan mengulas.

Surau dan masjid berkenaan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa hari ini. - BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo