NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undang-undang anti lompat parti: Takiyuddin cabar kerajaan Pulau Pinang kosongkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri selepas empat ADUN lompat parti


Menurut Takiyuddin, jika Perlembagaan Persekutuan (Perkara 10(1)(C) tak benarkan semua warganegara untuk membentuk persatuan, baru kita boleh gubal akta orang lompat parti. 
ŲŖŲ§ŁƒŁŠŁŠŁˆŲÆŲÆŁŠŁ† Ś†Ų§ŲØŲ± ŁƒŲ±Ų§Ų¬Ų£Ł† Ś¤ŁˆŁ„Ų§Łˆ Ś¤ŁŠŁ†Ś  ŁƒŁˆŲ³ŁˆŚ ŁƒŁ† Ų§Ł…Ś¤ŲŖ ŁƒŲ±ŁˆŲ³ŁŠ ŲÆŁŠŁˆŲ§Ł† Ų§ŁˆŁ†ŲÆŚ Ł† Ł†Ś¬Ų±ŁŠ Ų³Ł„Ś¤Ų³ Ų§Ł…Ś¤ŲŖ Ų§ŲÆŁˆŁ† Ł„ŁˆŁ…Ś¤ŲŖ Ś¤Ų±ŲŖŁŠ

Perkara 10(1)(c) dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, perlu dipinda jika undang-undang berkaitan lompat parti mahu digubal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perkara 10(1)(c) jelas menyatakan kebebasan individu untuk berpersatuan.

Mengulas lanjut mengenai isu lompat parti, Takiyuddin turut mencabar kerajaan Pulau Pinang supaya mengosongkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang melompat parti.

Empat kerusi DUN itu membabitkan Bertam (Khaliq Mehtab Mohd Ishaq), Teluk Bahang (Zolkifly Md Lazim), Seberang Jaya (Dr Afif Bahardin) and Sungai Acheh (Zulkifli Ibrahim), semua mereka bertindak keluar PH dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo