NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teresa iri hati dengan pencapaian penggantinya?


ROSLAN SMS

Ternyata sejak Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi banyak program dan aktiviti yang imovatif dan produktif telah diperkenalkan kementeriian sehingga memberi keyakinan dan nafas baru kepada pemain-pemain industri dan rakyat jelata bahawa industri perladangan kita sesungguhnya terus kompetitif dan punya masa depan yang baik buat rakyat dan negara.

Dalam tempoh 5 bulan sejak mengambil-alih kementerian rakyat telah melihat betapa proaktif dan agresifnya Menteri yang baru dalam memikul tanggungjawabnya berbanding Teresa Kok semasa pemimpin DAP itu menjawat jawatan yang sama selana 22 bulan.

Dengan takdir Tuhan harga komoditi dan harga ladang juga semakin stabil dan meningkat lantas terus menjana pulangam yang baik buat pemain industri dan rakyat jelata yang terlibat.

Tidak keterlaluan dikatakan prestasi kementerian semakin memberangsangkan sejak Menteri baru mengambil-alih dan ini memberi kesan positif buat semua.

Rakyat yang terkesan sebelum ini dengan harga komoditi dan hasil ladang yang tidak menentu hari ini menarik nafas lega apabila semuanya beransur dan kembali pulih.

Pencapaian yang diraikan ini rupanya dijaki sesetengah pihak terutamanya musuh politik kerajaan.

Lalu di Dewan Rakyat baru-baru ini isu lawatan kerja Dr Khairuddin ke Turki yang kembali kononnya tanpa mematuhi SOP dibangkitkan Teresa dan bangku pembangkang secara berlebih-lebihan sehingga kelihatan seolah mahu dipolitikkan.

Jika benar Menteri telah melanggar SOP maka tindakan harus diambil dan kita percaya Menteri sendiri sebenarnya tidak ada niat melanggar sebarang peraturan kecuali mengutamakan tugas dan kepentingan negara.

Teresa tuduh Menteri mungkin telah mencetuskan "Kluster Khairuddin Takiri" sedangkan sehingga hari ini setelah lebih sebulan kepulangan Menteri tidak ada apa bukti bagi menyokong dakwaan jahil Teresa itu.

Janganlah keraba dengki dan irihati dengan pencapaian kerajaan dan Menteri maka apa sahaja peluang yang ada mahu dipolitikkan.

Jika ada kesilapan dipihak Menteri beliau wajar dikenakan tindakan. Tetapi janganlah mencetuskan panik dan menghasut rakyat dengan dakwaan jahat yang bukan- bukan dan tidak berasas.

Menteri berkenaan dan kerajaan dijangka mengeluarkan kenyataan resmi berhubung perkara ini. Sementara itu agi Teresa jadilah pembangkang yang konstruktif atau membina bukannya yang kecewa dan pengadu-domba.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo