NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah Anda? Glow Penjana - Pendaftaran Kini Dibuka




Penantian kini telahpun berakhir. Ayuh mendaftar sebagai peserta GLOW PENJANA. Untuk pengetahuan ANDA, GLOW PENJANA adalah satu inisiatif dari pihak kerajaan dengan kerjasama MDEC melatih dan memberi kursus online secara percuma kepada individu yang layak untuk menjana pendapatan melalui kaedah pekerjaan digital.

GLOW PENJANA terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur dari 21 tahun sehingga 60 tahun dan keutamaan akan diberikan kepada :

Individu yang diberhentikan kerja (retrenched).
Individu yang dikurangkan gaji bulanan (salary cut).
Mahasiswa yang menganggur lebih dari 6 bulan.

Melalui program GLOW PENJANA, individu yang terpilih akan memperoleh :

3 Hari Latihan Intensif Secara ‘Online’.
3 Bulan Sesi Mentoring dan Bimbingan ‘freelancer’ berpengalaman.
Peluang Menjana Pendapatan di Pasaran ‘freelance Peringkat Global.

Kepada ANDA yang berminat untuk sertai, ANDA perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan dibawah sebagai melengkapkan proses pra-permohonan pendaftaran ANDA antaranya :

• Surat Diberhentikan Kerja / Employment Termination Letter.
• Curriculum Vitae (CV) atau Resume.
• Surat Pengurangan Kadar Gaji / Salary Reduction Letter.
• Pay slip – Terkini dan Bulan Sebelum (bersama bukti potongan gaji).
• Dokumen sokongan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) / PERKESO /JobsMalaysia Portal).
• Sijil-sijil berkaitan.

Pra-permohonan tanpa dokumen sokongan yang lengkap tidak akan diproses. Jika ANDA adalah individu yang layak memohon. Ayuh tekan link dibawah untuk mendaftar : 

https://erezeki.my/glow
Program ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara ONLINE, maka ANDA tidak perlu bergerak kesana-kesini, kesana-kesini dan hanya perlu fokus menjana pendapatan hanya dari rumah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo