Sekarang DAP baru nak mengaku ada bayaran untuk projek?



Sekarang DAP baru nak mengaku ada bayaran untuk projek? Kenapa dulu asyik kata tiada satu sen pernah dibayar?

Tiga Jalan itu adalah antara komponen projek terowong bernilai RM6.34b.

Ini seperti projek bina rumah. Perlu bayar juga untuk driveway dan pagar rumah.


(Ini seperti DAP kata kita sudah bayar untuk driveway dan pagar rumah tapi kita tak pernah bayar satu sen untuk rumah)

RM208 juta itu untuk Kos kajian sahaja - bukan untuk “kerja-kerja” pembinaaan. Pembinaan tak pernah mula.

DAP tak mahu jelaskan kenapa kos kajian untuk 3 jalan sahaja dah RM208 juta?

Sebagai contoh, kos KAJIAN untuk satu jalan dengan harga pembinaan RM370 juta adalah RM122 juta.

Semakan pakar jurutera bebas hanya untuk tentukan bayaran BOLEH dibuat. Mereka tak ada kuasa untuk tentukan HARGA Laporan untuk dibayar kerajaan DAP.

SOALAN BONUS: Bayaran RM208 juta untuk kos Kajian untuk 3 jalan sudahpun dibuat pada tahun 2015. Kenapa pula tak ada sebarang kerja pembinaan bermula setelah bayaran untuk kos kajian dibuat LIMA TAHUN DAHULU?

Posting propaganda menipu DAP:
https://www.facebook.com/DAPMalaysia/posts/10158403590529192

NAJIB RAZAK

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post