NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH Tidak Mampu Menyaingi PN/BN/MN Dalam PRU15 - Ilham Center



Satu pandangan yang agak menarik mengenai hala tuju politik negara oleh PM Dr Mohd Yusri Ibrahim dari Ilham Center walaupun pernyataan beliau bahawa “Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti” adalah andaian dan kepercayaan yang bertentangan dengan pernyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sendiri.

PARTI BARU TUN

Ramai orang memberi maklum balas sinikal terhadap penubuhan parti baru oleh Tun, saya mempunyai pandangan berbeza.

Tun seorang politikus licik dan berpengalaman, gerak politik beliau masih berpotensi memberi impak besar kepada politik tanah air.

Sokongan ahli-ahli Bersatu terhadap Tun masih kuat, namun sokongan tersebut tidak boleh dijelmakan kerana Tun berada di luar parti.

Apabila Tun menubuhkan parti baru, ini membuka ruang kepada penyokong beliau untuk keluar Bersatu dan menyertai parti baru ini.

Lagipun masa depan politik Bersatu itu sendiri masih kabur apabila PN gagal didaftarkan, dalam masa sama Umno terus menolak parti tersebut.

Penubuhan parti oleh Tun menyediakan pentas baru kepada ahli-ahli Bersatu untuk meneruskan idealisme perjuangan selepas parti asal mereka itu seperti bertemu jalan mati sekarang.

Selain berusaha mendapat sokongan ahli2 Bersatu, saya percaya Tun akan merintis kolisi politik baru selepas parti beliau didaftarkan secara rasmi nanti.

Kerjasama dalam kolisi yang kuat membolehkan parti beliau terus relevan untuk menghadapi PRU15, walaupun secara individu parti tersebut tiada sokongan kuat.

Kedudukan PH sekarang juga tidak kuat apabila berlaku krisis dalaman yang semakin sukar untuk sembuh antara PKR dengan Dap dan Amanah.

Dengan kondisi sekarang, saya percaya PH tidak memiliki momentum kuat untuk menyaingi PN/BN/MN dalam PRU15 akan datang, kekuatan PH sudah tepu.

Situasi ini akan membuka ruang kepada Tun untuk merintis kerjasama baru dengan pelbagai pihak sama ada Warisan di Sabah, GPS di Sarawak, kumpulan Azmin Ali dan kumpulan Hishamuddin dalam Umno.

Selain kumpulan2 tersebut yang kelihatan berpotensi, Tun juga berkemungkinan untuk merintis kolisi baru dengan parti2 sedia ada dalam PH khususnya Dap dan Amanah.

Hubungan dalaman PH sekarang tidak cukup harmoni, tiada jaminan kukuh untuk memastikan Dap dan Amanah terus kekal di sana jika ada kolisi lebih kuat untuk disertai.

Jika berjaya menyatukan parti2 tersebut dalam satu gabungan baru, keberadaan parti Tun dalam lanskap politik Malaysia bukan lagi kecil anak, bahkan berpotensi mencetus momentum besar.

Ramai akan berbeza dengan pandangan saya ini, tidak mengapa, itu adalah normal dalam pengamatan politik, saya pun tidak memaksa perspektif saya ke atas orang lain.

PM Dr Mohd Yusri Ibrahim
Kuala Nerus, Terengganu
8 Ogos 2020; 10:55 pagi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo