NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS: Tahniah YBhg. Tan Sri Dr. Noor Hisham atas Penganugerahan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan sekalung tahniah kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia atas penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri pagi tadi. 

Pengiktirafan yang diterima adalah hasil usaha keras beliau dalam menangani pandemik COVID-19 yang dihadapi negara kita sejak Januari 2020 lagi. Sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, beliau berjaya mengemudi jentera Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan cemerlang. Beliau juga berjaya menenangkan rakyat daripada ketakutan menghadapi suasana COVID-19. 

Kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat menatijahkan keberjayaan negara menghadapi COVID-19 biarpun pada awalnya kita tergolong dalam kelompok tertinggi jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara. 

Malaysia mendapat tempat keempat dalam satu kajian global kepuasan hati rakyat tentang pengurusan COVID-19 oleh kerajaan. Ia dijalankan oleh Blackbox Research dan Panel Pakar Antarabangsa Toluna pada April 2020.

Tambahan lagi, Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah telah mendapat pengiktirafan sebagai tiga doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) sekaligus mengharumkan nama Malaysia ke seluruh dunia. 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

'Islam Memimpin Perpaduan'

KAMARUZAMAN MOHAMAD

Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
17 Ogos 2020 | 27 Zulhijjah 1441

https://berita.pas.org.my/tahniah-ybhg-tan-sri-dr-noor-hisham-atas-penganugerahan/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo