NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MAPIM Lancar Misi Bantuan Covid-19 di Kedah


ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah hari ini menerima  RM50 ribu untuk misi bantuan kemanusiaan COVID-19 berupa ‘Face Shield’ dan pek makanan daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  yang hadir ke Wisma Darul Aman akan dimanfaatkan kepada baris hadapan dan mangsa COVID-19 di Kedah.

Menteri Besar Kedah YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa setiap NGO yang ingin menyampaikan sumbangan tidak digalakkan masuk sendiri ke kawasan-kawasan COVID. Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan boleh hadir ke pejabat daerah dan sumbangan tersebut akan diletakkan di Pusat Kawalan Operasi Bencana.

“Bila namanya TEMCO, tiada pergerakan masuk dan keluar. Tujuannya adalah untuk memutuskan rantaian, jika masih ada yang keluar masuk rantaian itu tetap tidak dapat diputuskan sepenuhnya.

Menurutnya lagi, agihan bantuan hanya boleh dibuat oleh agensi-agensi seperti APM, RELA, JKM dan Jabatan Kesihatan serta perlulah mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh pihak keselamatan semasa operasi agihan.

'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'
#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo