NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mantan PJ PAS Pahang Tokoh Maal Hijrah 1442H Negeri Pahang


Al Allamah Tuan Guru Haji Baqi Othman

(1940 – Sekarang)

Nama lengkapnya ialah Tuan Guru Haji Mohd Baqi Bin Othman dan beliau berasal dari Pahang.


Mula mendapat pendidikan awal di kampung halaman sehingga darjah lima. Pada tahun 1958, Tuan Guru memasuki Pondok Lubuk Tapah selama 10 tahun sebelum berangkat ke Mekah.


Di antara gurunya ialah :

Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubuk Tapah
Syeikh Daud Bin Sulaiman al-Kalantani
Syeikh Muhammad Bin Alwi al-Makki
Syeikh Hassan Masyath

Setelah 6 tahun belajar di Mekah beliau pulang ke tanah air dan mendirikan sebuah pondok pengajian di Kampung Sungai Gau, Temerloh, Pahang. Seterusnya beliau membuka sebuah lagi pondok pengajian yang diberi nama Madrasah Saadah al-Daraini di Kampung Lanting, Chenor, Pahang atau lebih dikenali dengan nama Pondok Lanting.

Tuan Guru Haji Baqi merupakan penemu kepada telaga air Gau di Temerloh pada tahun 1991. Beliau telah menemui sumber air ini setelah membuat solat hajat kerana pondoknya tiada sumber air, pada suatu malam beliau telah bermimpi seseorang telah datang menunjukkan tempat supaya beliau menggali telaga. Kini air tersebut amat popular di Malaysia dan sering digunakan untuk merawat penyakit zahir dan batin.

Tuan Guru Haji Baqi merupakan seorang aktivis PAS yang cukup aktif. Beliau pernah menyandang jawatan Persuruhjaya PAS Pahang pada tahun 1993 hingga 1999. Selain dari itu, Tuan Guru juga merupakan mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ahli Jawatankuasa Dewa Ulamak PAS Pusat & YDP PAS kawasan Maran.

Oleh kerana jasanya yang besar dalam perjuangan PAS, beliau telah dianugerahkan Tokoh Ulamak Istiqomah PAS pada Muktamar PAS ke 65.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik buat Tuan Guru. Amin

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo