NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

24,000 bakal tinggalkan Bersatu Kelantan?

KOTA BHARU - Seramai 24,000 daripada 42,000 ahli Bersatu Kelantan bakal meninggalkan parti itu secara berperingkat bermula hari ini, dakwa bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Negeri, Datuk Sazmi Miah.

Menurutnya, pada hari ini sahaja, lebih 5,000 nama daripada pelbagai peringkat ahli telah menyatakan hasrat keluar parti serta merta.

"Saya mewakili ahli-ahli yang lain mengumumkan keluar parti hari ini berkuat-kuasa serta merta dan keputusan ini diambil selepas melihat perjuangan parti Bersatu yang kini semakin jauh menyimpang. Kami tidak boleh menerima keputusan kepimpinan tertinggi parti membawa keluar Bersatu dari Pakatan Harapan semata-mata untuk menubuhkan sebuah gabungan kerajaan baharu yang terdiri daripada parti yang kami lawan bermati-matian semasa PRU-14 lepas.

"Kami merasa lebih terhina apabila Bersatu diperlekehkan dan dijadikan seperti melukut di tepi gantang dalam kepimpinan di peringkat akar umbi oleh rakan baharu. Maruah Bersatu sudah tiada lagi, perjuangan dahulu terus dilupakan tetapi perjuangan mendapatkan ganjaran dan jawatan lebih diutamakan," katanya dalam satu majlis di Kampung Biak, di sini hari ini.


Dalam majlis ringkas itu, Sazmi bersama 200 ahli hadir menyatakan hasrat mereka keluar parti.

Mengulas lanjut, Sazmi berkata, tindakan tersebut sekali gus menafikan kenyataan pemimpin Bersatu Kelantan yang sebelum ini memberitahu tiada ahli yang akan keluar parti itu di negeri berkenaan.

Katanya, jumlah sebenar bukan dikira berdasarkan nombor semata-mata namun pihaknya mempunyai bukti yang kukuh melalui senarai yang ditandatangani mereka yang berhasrat untuk parti tersebut.

"Setiap cawangan kita ada senarai ahli yang keluar dan ini bukan penipuan. Saya yakin selepas ini ada yang akan mendakwa kita hanya beri nombor tertentu, tanpa bukti. Selepas kita buat pengumuman ini, saya yakin lebih ramai yang berani bersuara dan bertindak.

"Ingin saya maklumkan di sini, sebelum ini rata-rata yang masuk Bersatu ini bukan sebab Tan Sri Muhyiddin Yassin, tapi sebab Tun Dr Mahathir Mohamad dan saya ingin beritahu di sini, yang mana keluar parti ini seratus peratus menyatakan hasrat mereka menyertai parti Pejuang," katanya.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/97521/BERITA/Politik/24000-bakal-tinggalkan-Bersatu-Kelantan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo