NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kluster Sivagangga : 5 Sekolah di Kedah di Arahkan Tutup


KUBANG PASU: : Kerajaan negeri Kedah telah memutuskan untuk melaksanakan 'Targetted Enhancement Movement Control Order' (TEMCO) di empat mukim yang terjejas susulan penambahan 11 kes positif COVID-19 bagi Kluster Sivagangga, hari ini.

Menerusi keputusan yang telah dibuat Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, antara Mukim yang terlibat adalah Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di daerah Padang Terap.

Perlaksanaan TEMCO yang dijalankan di negeri Jelapang Padi adalah di kawasan yang melibatkan kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada Restoren Nasi Kandar Salleh, Hosba.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah telah telah memutuskan untuk mengarahkan lima buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini.

Ia melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian.

Sekolah yang terlibat di daerah Kubang Pasu adalah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa.

Selain itu, satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di daerah Padang Terap turut diarahkan untuk ditutup.

Dalam perkembangan sama, pihak MKN negeri juga turut menetapkan guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk hadir bertugas sama sekali.

Guru yang tinggal di luar kawasan TEMCO turut tidak dibenarkan untuk ke sekolah di kawasan TEMCO.

Sementara itu, kebenaran untuk melalui kawasan TEMCO hanya dibenarkan bagi guru yang tinggal dan mengajar di luar kawasan terbabit selain pihak yang terlibat dalam 'essential services'. - astroawani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo