Isteri Guan Eng dan Phang Li Koon ditahan SPRM


PETALING JAYA: Betty Chew, isteri bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata sumber.

Menurut sumber, Chew baru sahaja ditahan manakala Phang ditahan semalam.

Belum dapat dipastikan kes apa yang menyebabkan penahanan itu tetapi difahamkan siasatan SPRM berkaitan salah guna kuasa dan pengubahan wang.

“Chew, Phang, dan Lim akan didakwa bersama pada Selasa,” kata sumber.

Terdahulu, Chew berada di pejabat SPRM di Jalan Northam pada 10.50 pagi tadi bersama peguamnya, Lee Khai. - mindarakyat

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post