NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga RON95, RON97 naik 5 sen

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 5 sen bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan harga RON97 naik daripada RM1.93 seliter kepada RM1.98 seliter.

Bagi RON95, harga naik daripada RM1.63 seliter kepada RM1.68 seliter.

Harga runcit diesel pula naik 3 sen daripada RM1.79 seliter kepada RM1.82 seliter.

"Kenaikan ini adalah dipengaruhi oleh harga minyak diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.


- HMetro

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo