NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gambar Sekitar PRK Dun Slim

Tanjung Malim : Setakat jam 9 pagi tadi, hanya tiga calon yang telah tiba di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Dewan Sri Tanjung Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) 

Calon Bebas, S Santharasekaran tiba jam 8.50 pagi, disusuli calon BN, Mohd Zaidi Aziz pada jam 8.57 pagi dan seorang lagi calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada jam 8.59 pagi.

Image
Calon BN, Mohd. Zaidi Aziz dan penyokong berkumpul di Bangunan UMNO Tanjung Malim. Turut hadir memberi sokongan kepada calon BN adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Pengerusi Bersatu Perak dan juga Hj Razman, Pesuruhjaya PAS Perak

Image
Calon bebas daripada kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, tiba di pusat penamaan pada pukul 8.58 pagi. - Hasimi/Awani

Image
Calon bebas, Prof S.Sentharasekara menjadi calon pertama tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.54 pagi. Hadir bersama pencadang, P Chantiran dan penyokong, Chai Kin Kheong. - Hasimi Muhamad/Awani


Image
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Slim di Dewan Sri Tanjong, di sini pada pukul 8.56 pagi  - Gambar Hasimi Mohamad/Awani

Image
#PRKDUNSlim bermula dengan penamaan calon pagi Ini - Bernama
Image
Bakal calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili parti baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu ibunya, Jariah Mohd Yunos sebelum bergerak ke Pusat Penamaan Calon PRK DUN Slim.



Image
Keadaan di luar perkarangan Dewan Sri Tanjung, Majlis Tanjung Malim pagi ini. Kawalan ketat oleh pihak polis dalam memastikan kelancaran dan keselamatan proses penamaan calon bagi PRK DUN Slim - Hasimi Muhamad/Awani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo