NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ekonomi Malaysia mulai pulih sejak Mei

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia mulai pulih pada Mei apabila aktiviti ekonomi dibenarkan secara berperingkat dan kadar jangkitan Covid-19 lebih terkawal.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jelas dilihat berkurangan dari bulan April iaitu -28.6 peratus kepada -19.85 peratus pada bulan Mei.

“Seterusnya penambahbaikan mendadak berbentuk V (V-shaped recovery) pada bulan Jun iaitu -3.2 peratus.

“Ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi mulai pulih pada bulan Mei iaitu apabila ekonomi dibuka semula secara berperingkat dan kadar jangkitan Covid-19 lebih terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia mencatatkan penguncupan KDNK pada suku kedua sebanyak 17.1 peratus disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.

Disebabkan itu, aktiviti ekonomi yang tidak bersifat keperluan (non-essential) terpaksa dihentikan sementara.

Dalam perkembangan berbeza, Kementerian Kewangan menjemput orang ramai untuk mengemukakan cadangan dan maklum balas Belanjawan 2021 melalui laman web http://belanjawan2021.treasury.gov.my bermula 15 Ogos sehingga 15 September 2020.

Tengku Zafrul melancarkan portal berkenaan hari ini sempena Jelajah Konsultasi Belanjawan 2021 di Johor. – MalaysiaGazette

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo