NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

505 Agropreneur Muda di Sabah terima geran RM7.23 juta

KOTA KINABALU, 15 Ogos -- Seramai 505 orang Agropreneur Muda telah menerima bantuan geran berjumlah RM7.23 juta menerusi Geran Agropreneur Muda (GAM) antara 1 Jan 2016 hingga 31 Mei lepas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Beliau berkata, dua daripada penerima itu masing-masing mengusahakan tanaman limau kasturi dan memproses kordial serta jus buah-buahan di Kota Belud dekat ini, mampu meraih pendapatan pendapatan masing-masing RM30,000 setahun dan RM40,000 setahun.

“Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bersedia membantu semua anak muda untuk terlibat dalam bidang pertanian, melalui Program Agropreneur Muda sama ada melalui bantuan geran, pembiayaan dan kursus teknikal,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu beliau melawat projek tanaman limau kasturi Mazlee Utul, 36, yang menerima bantuan GAM bernilai RM10,000 pada 2018 serta bimbingan Lembaga Pertubuhan Peladang, dan perusahaan memproses kordial serta jus buah-buahan Anis Nadia Mohd Nasir, 37, yang menerima GAM berjumlah RM15,000 pada 2018 dan di bawah bimbingan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia.

Seramai 6,063 orang agropreneur muda seluruh negara telah menerima kelulusan untuk Program Agropreneur Muda, bagi tempoh antara 1 Jan 2016 hingga 30 Jun tahun ini, melibatkan peruntukan RM 108.29 juta.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo