NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bentuk Peta Pulau Pinang Dah Jadi Macam Babi? - Huan Cheng Guan


Bentuk Peta Pulau Pinang Dah Jadi Macam Babi - Huan Cheng Guan

Parti Cinta Malaysia (PCM) menyelar sikap rakus kerajaan Pulau Pinang yang menjual tanah di negeri itu kepada kroni.

Presidennya, Datuk Mejar Huan Cheng Guan mendakwak tindakan tersebut telah menyebabkan bentuk peta Pulau Pinang bertukar rupa.

“Bila DAP ambil alih (kerajaan negeri) pada tahun 2008 kita lihat banyak tanah telah dijual kepada kroni, selain daripada itu kita lihat banyak kawasan telah ditambak.

“Dulu kalau tengok peta Pulau Pinang bentuknya adalah seperti seekor penyu, tapi sejak mereka (DAP) perintah peta Pulau Pinang telah bertukar seperti bentuk Babi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Cheng Guan turut mendakwa tindakan kerajaan DAP menambak laut juga telah menyebabkan golongan nelayan di negeri itu hilang punca pendapatan.

“Tambak laut, nelayan hilang pekerjaan untuk mencari nafkah.

“Siapa yang nak jaga keluarga mereka. Ini semua telah menyebabkan masalah berbangkit kerana DAP,” ujarnya lagi.

Beliau membangkitkan perkara itu setelah mendengar keluh resah warga nelayan yang merungut penurunan mendadak hasil tangkapan ikan di laut.

Jun lalu, Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang menghantar memorandum bantahan bagi mendesak kerajaan Persekutuan untuk membatalkan Projek Penang South Reclamation (PSR) yang dikemukakan kerajaan negeri.

Projek yang menelan kos RM46 bilion itu dilihat akan memberi kesan buruk ke atas sosio ekonomi dan geografi di Pulau Pinang.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo