NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1MDB: Tommy syor selesai luar mahkamah


KHAMIS, 6 OGOS 2020 @ 7:32 PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Februari lalu berhasrat membuat penyelesaian di luar mahkamah berhubung tuntutan dana dan aset milik Malaysia daripada bank pelaburan global, Goldman Sachs.

Ia dikemukakan menerusi syor daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sepucuk surat bertarikh 11 Februari 2020.

Mendedahkan rundingan itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata syor sedemikian dibuat selepas Goldman Sachs bersetuju menaikkan tuntutan bayaran balik untuk Malaysia kepada AS$1.75 bilion (RM7.3 bilion), berbanding AS$1.5 bilion (RM6.28 bilion) yang pernah ditawarkan pada 13 Disember tahun lalu.

"Jumlah ini termasuk bayaran cukai AS$1.64 juta (RM6.87 juta) dan pulangan yuran bernilai AS$567 juta (RM2.3 bilion). Syor yang diberikan Tommy Thomas dalam surat itu ialah untuk cari penyelesaian di luar mahkamah.

"Ini bercanggah dengan dakwaan beliau bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya menerima penyelesaian di luar mahkamah," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat, hari ini

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo