NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH kehilangan sebutir mutiara yang amat bernilai



ALOR SETAR, 19 Julai 2020 – Gerakan Pembela Ummah Kedah menerima berita sedih kembalinya kerahmatullah Allahyarham Tuan Haji Mansor Ibrahim, Setiausaha Agong Ummah Malaysia pada malam tadi.

UMMAH Kedah turut berdukacita dan ingin merakamkan ucapan takziah kepada kaum kerabat Alllahyarham Tuan Haji Mansor di atas pemergiannya. Semoga kaum kerabat Allahyarham banyak bersabar dan redho di atas ketentuan ilahi. Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama kaum muslimin.

Pengerusi Ummah Kedah, Zulkifli Che Haron berkata, berita kembalinya allahyarham amat mengejutkan seluruh warga UMMAH Kedah.

“Sesungguhnya UMMAH kehilangan sebutir mutiara yang amat bernilai kerana allahyarham merupakan seorang aktivis Ngo yang gigih dan komited dalam gerakan memperjuangkan kepentingan dan kedudukan Islam, di samping mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu, di samping Bahasa Melayu di negara ini.

“Kami (UMMAH Kedah) mendoakan agar segala amalan kebaikan yang dilakukan oleh beliau mendapat ganjaran setimpal dan ditempatkan bersama orang-orang beriman, katanya.

Noor Hakimi Ab Halim, Timbalan Pengerusi UMMAH Kedah pula berkata, Allahyarham Haji Mansor merupakan seorang guru dan sahabat yang baik sert6a sukar dicari ganti.

“Banyak ilmu berkaitan gerakan Ngo saya pelajari darinya, sekaligus membantu mematangkan saya untuk menggerakkan peranan Ngo dalam masyarakat, katanya.

Katanya lagi, kali terakhir bersama dengan beliau (Allayarham) ialah ketika UMMAH mengadakan program selama tiga hari di Terengganu, termasuk perjumpaan dengan YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Duta Khas Kepada YAB Perdana Menteri Menteri Ke Timur Tengah pada hari Jumaat (17 Julai), iaitu dua hari lepas.

“Pemergiannya beliau pasti memberi kesan yang mendalam bukan sahaja buat diri saya, malah kepada seluruh warga UMMAH dan aktivis Ngo yang mengenali beliau di negara ini, ujar Noor Hakimi.

Basir Ismail, Setiausaha UMMAH Kedah pula berkata, Allahyarham bukan sahaja kepimpinan untuk Ngo UMMAH, malah beliau merupakan seorang aktivis Ngo lain, malah beliau telah bergiat aktif melalui gerakan Ngo lebih dari 30 tahun di negara ini.

“Sumbangan dan peranan beliau (Hj Mansor) memperjuangkan kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Hak Keistiewaan Melayu Bumiputera adalah amat jelas. Idea dan komitmen beliau memastikan agenda perjuangan juga amat tinggi dan luhur, dan tidak boleh dipertikaikan lagi katanya.

“Sebagai seorang aktivis Ngo, beliau bukan sahaja gigih dan komited, tetapi ia juga amat ikhlas kerana sanggup mengorbankan harta benda bagi membantu melancarkan gerak kerja yang dirancang berjalan lancar, ujarnya.

“UMMAH Kedah sangat bersedih di atas berita pemergian beliau bertemu Yang Maha Pencipta pada malam semalam dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat, ujarnya.


Al-Fatihah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo