NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sudahkah anda menonton kandungan unifi TV di Android Box anda sendiri?

#1mediadigital02


Sekiranya anda membaca artikel ini, semestinya anda seorang pemegang akaun unifi yang mempunyai akses unifi TV dan kini anda sudah boleh menonton kandungan rancangan kesukaan anda pada mana-mana peranti android box yang dimiliki melalui aplikasi di Google Playstore. 


Pada Januari yang lepas, sebenarnya unifi telah melancarkan Set-top box (STB) yang berasaskan android untuk perkhidmatan IPTV yang dipanggil TV Plus. Sejak it, aplikasi unifi TV dapat dikesan di playstore. Kini aplikasi tersebut sudah dikemaskini dengan versi 1.2.2. dan tidak lagi eksklusif kepada unifi TV plus box. Boleh dikatakan ini merupakan berita baik kepada sesiapa yang memepunyai peranti android TV yang sah seperti Nvidia Shield, dan Xiaomi Mi Box S.



Percubaan telah dilakukan pada Xioami Mi box S milik saya sendiri dan saya dapati ianya berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Menurut beberapa ahli forum Lowyat.NET turut mendapati  aplikasi tersebut berfungsi pada Sony Android TV, Mi Box S versi terkini dan semua peranti NVIDIA Shield.


(Sumber : Lowyat.NET)


Cuma, yang menjadi persoalan saya adalah kenapa tiba-tiba TM unifi merubah polisi yang menyatakan unifi TV sebelum ini hanya eksklusif pada peranti yang dibekalkan oleh TM  sendiri? Nantikan sebarang berita baharu berkaitan hal ini dari saya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo