Pertemuan tiga parti itu sangat positif – Dr SAM


Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertemuan tiga parti itu berjalan dengan baik, sangat mesra dan ada peningkatan.

Bahkan, kata beliau ada kemajuan yang akan berlaku dari masa ke semasa dalam pertemuan seterusnya selepas ini.

“Semua berjalan dengan baik, kadang-kadang sangat mesra dan ada peningkat, ada ‘progress’ (kemajuan) yang akan berlaku dari masa ke semasa.

“(ini) Bukan sekali itu sahaja ‘meeting’ (pertemuan), selepas ini akan ada lagi meeting. Ada progress yang baiklah,” ujarnya ketika ditanya pemberita.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Dokumen Hak Milik Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah Kediaman di Kawasan Gong Cempedak, Mukim Pulau Kerengga, Daerah Marang, di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini.

Ketika ditanya, apakah perbincangan dalam pertemuan tiga parti itu, kata Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri termasuk, perbincangan kerusi dan memperkasakan kesatuan atau muafakat politik.

Menurutnya, setiap parti disertai oleh lima orang wakil yang terlibat secara langsung dalam perundingan itu.

“Ada lima orang wakil bagi setiap parti, daripada PAS, saya selaku Naib Presiden diketuai oleh saya (Ahmad Samsuri).

“Turut bersama saya dalam perundingan itu mewakili PAS, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor selaku Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

“Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang sekarang ini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dan AJK PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man,” jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu turut menjelaskan, dalam pertemuan itu masing-masing parti membawa hasrat dan cadangan.

“Masing-masing (parti), bila bersidang (bertemu) ada cadangan masing-masing. Kita berbincang mengenai ‘framework’ (kerangka), apa yang perlu kita buat dan sebagainya dalam perkara yang berkaitan.

“Tapi (itu) satu pertemuan yang sangat positif pada saya,” jelasnya ketika ditanya apakah PAS menuntut kerusi seperti kenyataan sebelum ini.

Menurut Dr Samsuri, bagi pihak Umno yang mengetuai rundingan itu Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden Umno.

Manakala, katanya dipihak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula diwakili oleh Setiausaha Agung parti itu, Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.– HARAKAHDAILY 22/7/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/07/22/pertemuan-tiga-parti-itu-sangat-positif-dr-sam/
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post