NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin masuk UMNO, bagai sirih pulang ke gagang - Tajuddin


KLANG: Penyertaan semula Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam UMNO bakal menerima sokongan ramai pemimpin parti itu selain jaminan Ahli Parlimen Pagoh itu boleh terus meneraju negara menjadi Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, seandainya perkara itu berlaku, ia bagai sirih pulang ke gagang.

"Kalau sudah masuk menjadi ahli UMNO, terpulang kepada ahli parti untuk menentukan kepimpinan seseorang.

"Dia (Muhyiddin) jangan takut, masuk sahaja dahulu, tetapi kita beri jaminan sokong, lepas dia (jadi Perdana Menteri) kita tengok mana sesuai, kita sokong.

"Untuk kestabilan politik, saya ingat elok dia sertai UMNO, boleh bentuk kerajaan dia dan melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat," katanya semasa sidang media selepas membuat lawatan ke fasiliti syarikat tempatan yang bertanggungjawab membekalkan set tren LRT kepada Prasarana, Hartasuma di sini, pada Khamis.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyarankan, Muhyiddin perlu kembali menyertai UMNO dan mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu.

Menurut Nazri, semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan menerima Muhyiddin kembali menyertai parti itu.

Nazri turut mencadangkan sekiranya Muhyiddin kembali ke pangkuan UMNO, jawatan presiden parti juga diserahkan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin-masuk-umno-bagai-sirih-pulang-ke-gagang-tajuddin-250462

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo