NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Sembuh rendah, kes baharu tinggi - tanda kembali merebak



Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia pada hari ini (28 Jun 2020), terdapat 18 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,634 kes.

Daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) orang Warganegara Malaysia dan seorang Bukan Warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.


Sementara itu, daripada 14 kes penularan tempatan (di dalam negara), kesemuanya adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes di kalangan warganegara Malaysia.
Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan Bukan Warganegara Malaysia (14 kes) adalah seperti berikut: Negeri Sembilan, iaitu sembilan (9) kes adalah kes saringan ulangan bagi Kluster Pedas; Selangor: dua (2) kes saringan Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang; Sabah: dua (2) kes saringan iaitu satu (1) kes saringan ke atas banduan sebelum dibebaskan dari penjara dan satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dari Klinik Kesihatan ke hospital; Kuala Lumpur: satu (1) kes saringan masuk kerja di tapak pembinaan.

Sehingga kini, terdapat 10 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 195 kes. Sebanyak dua (2) kes adalah sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Sementara kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,318 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

AlhamdulilLah, hari ini tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.

Jika dilihat secara perbandingan di antara jumlah kes sembuh dengan pertambahan kes baharu pada 27 - 28 Jun 2020, didapati kumulatifnya sebanyak 24 kes baharu dan 28 kes pesakit yang berjaya dirawatpulih. Ini bermakna, apabila berlaku kes baharu yang lebih tinggi (10 + 18) berbanding jumlah yang dirawatpulih (10 + 14), maka dianggapkan kes Wabak COVID-19 adalah bertambah bukan berkurangan.



Oleh sebab itu, berdasar kelok garisan di atas, menunjukkan pola mendongak kembali berlaku selepas 25 Jun, iaitu daripada 4 kes (25 Jun), bertambah lagi 6 kes, kemudian 10 kes dan hari ini 18 kes. Maka jumlah yang sedang dirawat pun bertambah daripada 187 kepada 195 orang. Ini adalah petanda Wabak COVID-19 di Negara kita telah kembali merebak.

Kembalilah kita bersama-sama insaf dan beristighfar serta terus memohon pertalongan Allah jua agar mengangkat Wabak COVID-19 dari terus menular di Negara kita. Ins sya Allah.


Wassalam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo