NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Malaysia14 titik merah dalam 25 hari


Selama 25 hari Wabak COVID-19 menyaksikan perkembangan yang agak cemas dengan 14 titik merah. Kesannya pola penularan mendongak melibatkan kes baharu. Sementara itu, berlaku 10 titik biru yang menyaksikan pada hari-hari tertentu kes baharu adalah menurun.
Apapun dari segi pola penularannya, didapati 10 hari dengan kes baharu dalam dua digit berjumlah 166 kes. Sementara tu, selama 5 hari pula dengan kes baharu dalam satu digit berjumlah 79 kes. Oleh itu, jumlah terkumpul kes baharu dalam masa 25 hari (1-25 Julai) ialah sebanyak 245 kes. Pola kelok kes baharu adalah seperti di bawah.


Pada 25 Julai 2020, terdapat 23 kes baharu dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,884 kes. Sementara kes kebolehjangkitan COVID-19 adalah 167 kes.
Daripada 23 kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

Enam (6) kes import tersebut adalah dari Singapura (3 kes), Indonesia (1 kes); Filipina (1 kes); dan Rusia (1 kes). Sementara itu, berlaku 17 kes penularan di dalam negara, 10 kes adalah di kalangan Warganegara Malaysia manakala tujuh (7) kes adalah di kalangan Bukan Warganegara.
Berdasarkan pola mendongak semula kes baharu adalah wajar sekali, masyarakat hendaklah mengutamakan kawalan kendiri dan sentiasa mematuhi SOP seperti mana yang disyorkan oleh KKM. Semoga kita selamat dan mendapat perlindungan Allah jua,

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo