NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10 Fakta Keunggulan Hukum Kanun Melaka


Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

1)Hukum Kanun Melaka merupakan salah satu bukti penulisan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.

2)Hukum Kanun Melaka menjadi sumber primer membuktikan ketamadunan Kesultanan Melayu Melaka di samping menjadi antara sistem perundangan yang berasaskan Islam terawal di Alam Melayu setelah Samudera Pasai.

3)Semua komponen undang-undang Jenayah Islam iaitu Hudud, Qisas dan Takzir wujud dalam Hukum Kanun Melaka

4)Semua komponen Hudud wujud dalam Hukum Kanun Melaka (sariqah, riddah, zina, qazaf, syarbul khamr, hirabah dan bughah)

5)Hukum Kanun Melaka bukan sahaja mengandungi peruntukan hukuman, malah ia turut mengandungi prosedur-prosedur kehakiman dan keadilan.

6)Undang-undang Muamalat dan percukaian dalam Hukum Kanun Melaka menjadi bukti keunggulan Melaka dalam perdagangan

7)Undang-undang berkaitan pentadbiran seperti hukum tanah perhumaan dan hukum membunuh empat martabat (special enforcement) menjadi bukti Kesultanan Melaka memiliki sistem pentadbiran yang unggul.

8)Hukum Kanun Melaka menjadi asas kepada Hukum Kanun Pahang dan undang-undang awal yang dilaksanakan di Johor dan Perak.

9)Hukum Kanun Melaka menjadi rujukan utama undang-undang di Alam Melayu seperti undang-undang Pattani, Aceh, Brunei, Serat Surya Alam (Undang-undang Kesultanan Demak), Pepakem Cirebon (Undang-undang Kesultanan Cirebon) dan lain-lain

10)Hukum Kanun Melaka mempunyai lebih 50 naskah salinan yang tersebar di merata tempat di dunia hingga sejauh Vatican City. Malah menurut Liaw Yock Fang, naskah yang Hukum Kanun Melaka yang terbaik adalah naskah salinan yang dijumpai di Vatican City.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo