NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Usah samakan Malaysia dengan dasar rasis, diskriminasi AS





TERDAPAT segelintir pihak-pihak tertentu sedang cuba membuat perbandingan di antara diskriminasi dan penindasan terhadap komuniti dan warga kulit hitam di Amerika Syarikat (AS) dengan situasi "diskriminasi" dan "penindasan" pihak pemerintah terhadap masyarakat dan komuniti Cina di negara ini.



Perbandingan ini bukan sahaja pincang dan berniat jahat, tetapi juga menampakkan satu sikap penafian (state of denial) fakta bahawa rasisma, penindasan dan diskriminasi di AS bermula dan berpunca dari sistem perhambaan secara paksa (forced slavery), yang dimulakan oleh para saudagar, hartawan, golongan aristokrat, pemilik-pemilik ladang dan sesetengah pemerintah awal AS sendiri.

Bekas Presiden AS Abraham Lincoln, yang kononnya (dan secara salah) digelar sebagai Tokoh Pembebasan Kulit Hitam sendiri TIDAK PERNAH bercadang untuk menghapuskan perhambaan sepenuhnya di AS!

'Pembebasan' hamba abdi kulit hitam yang kononnya diinspirasikan oleh Abraham Lincoln hanyalah satu strategi politik semata-mata untuk menyelamatkan AS yang ketika itu sedang melalui perang saudara.

Pendirian beliau juga sangat jelas mengenai isu persamaan hak.

Di dalam suatu sesi perbahasan bertempat di Illinois pada 18 September 1858, Lincoln menegaskan bahawa "I will say then that I am not, nor ever have been, in favor of bringing about in any way the social and political equality of the white and black races…"

Beliau juga membantah masyarakat kulit hitam diberi hak untuk mengundi, untuk berperanan sebagai juri (dalam perbicaraan Mahkamah), untuk memegang apa-apa jawatan dan juga untuk berkahwin dengan wanita kulit putih. Malah, Thomas Jefferson, salah seorang Presiden Amerika Syarikat juga adalah seorang pemilik hamba-hamba abdi.

Rujukan: https://www.history.com/…/5-things-you-may-not-know-about-l…

Fakta sejarah tidak pernah berbohong.

Siapakah saudagar-saudagar hamba abdi yang telah menculik puluhan ribu umat Islam dan juga bukan-Islam dari benua Afrika untuk dipaksa berkerja sebagai buruh kasar dan hamba abdi di ladang-ladang milik tuan-tuan tanah dan pemilik ladang-ladang pertanian di Amerika Syarikat?

Hakikatnya, Amerika Syarikat adalah pihak yang paling beruntung dari sistem perhambaan dan pemerdagangan manusia yang zalim dan tidak berperikemanusiaan ini.

Mereka juga perintis kepada amalan rasisma, diskriminasi dan penindasan tersebut.

Tiba-tiba sahaja disebarkan naratif kononnya komunti dan warganegara Cina dan India di Malaysia senasib dengan masyarakat kulit hitam di AS.

Ini satu tuduhan liar dan fitnah beracun yang berniat jahat!

Testimoni dari fakta sejarah membuktikan bahawa pihak Britishlah (sebagai mewakili kepentingan Barat) yang memulakan sistem perhambaan di Tanah Melayu.

Tetapi sudah tentulah amalan tersebut tidak dinamakan perhambaan.

Penjajah British membawa masuk ahli-ahli kongsi gelap, samseng-samseng dan juga orang-orang awam dari negara-negara China dan India (ya, British sudah berkuasa di sana juga) untuk berkerja sebagai kuli dan buruh paksa di estet-estet getah dan lombong-lombong bijih timah mereka di Tanah Melayu.

Tujuannya hanyalah untuk memelihara kepentingan-kepentingan ekonomi mereka di Eropah/Barat yang ketika itu sedang mengalami revolusi Industri dan juga peperangan.

[Nota sampingan: Demikian juga yang diperlakukan oleh Belanda di Indonesia tetapi dengan cara yang berbeza di mana penduduk tempatan sendiri yang dijadikan hamba abdi menerusi Sistem Kultur, kemudian diikuti oleh Dasar Liberal dan akhirnya melalui Dasar Etika (yang semuanya adalah istilah-istilah yang diberikan oleh penjajah Belanda untuk meneruskan hegemoni kuasa mereka di wilayah umat Islam).]

Saya ingin bertanya, bukankah kuli dan buruh paksa itu nama lain bagi perhambaan?

Mari kita tinjau lebih jauh sikit. Siapakah yang sebenarnya rasis dan pengamal diskriminasi di negara ini? Pihak pemerintahkah atau parti-parti politik Melayu/Islamkah?

Ataupun dimulakan oleh tokoh-tokoh, parti-parti politik, gerakan-gerakan pendidikan dan golongan korporat/saudagar-saudara kaya dari kalangan masyarakat Cina?

Bagaimanakah kumpulan-kumpulan di atas boleh mendominasi dan menguasai sebilangan besar bidang perindustrian, ekonomi, pendidikan dan perniagaan di negara ini?

Adakah berpunca dari dasar-dasar atau polisi-polisi pemerintah yang bersifat 'rasis', 'diskriminasi' dan 'menindas' terhadap mereka, secara tersusun, sistematik dan berniat jahat?

Bukankah rasis namanya apabila sistem pendidikan tersendiri mereka enggan berinteraksi, berasimilasi dan berintergrasi dengan sistem pendidikan utama negara?

Bukankah rasis namanya apabila mereka menetapkan kefasihan berbahasa Mandarin sebagai sebagai syarat dipanggil untuk temuduga, di dalam iklan-iklan jawatan kosong mereka?

Apakah rasis namanya apabila jawatan-jawatan penting negara, di dalam pelbagai portfolio kementerian, GLC dan agensi-agensi kerajaan dipegang oleh mereka, malah parti politik berasaskan cauvinisma perkauman juga boleh memerintah mana-mana negeri sejak puluhan tahun?

Bukankah rasis namanya apabila hak-hak semulajadi yang dinikmati oleh orang-orang Melayu sebagai penduduk pribumi majoriti, bangsa asal dan tonggak negara kini sedang cuba dihakis dan dirampas sedikit demi sedikit oleh mereka?

Rasiskah bangsa Melayu dan umat Islam, yang sejak belum Merdeka lagi, telah 'merangkul' dan 'berbesar hati' menerima kehadiran orang-orang bukan-Melayu (Cina dan India) ketika penjajah British men'datang'kan nenek moyang mereka ke Tanah Melayu?

Apakah bangsa Melayu dan umat Islam perlu 'menyembah' golongan tersebut terlebih dahulu, barulah gelaran rasis yang diberikan itu boleh segera terlucut dan bangsa Melayu/umat Islam akan menjadi bangsa/kaum yang tidak rasis?

Sebesar manakah dan sedalam manakah lubuk hawa nafsu dan keserakahan golongan ini?

Sebenarnya pihak yang merasakan diri mereka 'ditindas', 'didiskriminasi' dan 'dilayan buruk' oleh pihak Melayu yang 'rasis' ini, dan suka menyamakan keadaan mereka di Malaysia dengan layanan buruk dan penindasan kerajaan Amerika Syarikat terhadap komuniti kulit hitam itulah spesis yang paling rasis dan cauvinis sekali!

'Keberanian' mereka hanyalah dengan segera lari tercirit-birit untuk berselindung di sebalik retorik dan lakonan sebagai 'mangsa' semata-mata apabila muslihat mereka terbongkar atau didedahkan.

Mereka tidak sedar atau memang enggan menerima fakta bahawa nenek moyang mereka (sebelum Merdeka) sebahagian besarnya adalah pelarian yang di'datang'kan ke Tanah Melayu sebagai buruh paksa (atau lebih tepat lagi sebagai 'hamba abdi') oleh pihak pedagang-pedagang manusia iaitu penjajah British sendiri.

Sumber: https://ismaweb.net/2020/06/20/usah-samakan-malaysia-dengan-dasar-rasis-diskriminasi-as/

Mereka hanya 'berani' mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keruh ketika bangsa Melayu dan umat Islam berpecah belah, saling berbalah dan saling berebut habuan dunia, membelakangi ikatan persaudaraan dan meninggalkan unsur-unsur kekuatan bangsa dan umat.

Mereka hanya 'berani' memprovokasi sensitiviti dan perasaan umat dan bangsa supaya terjatuh dalam 'perangkap' perkauman dan kebencian antara kaum.

Perlu saya tegaskan di sini bahawa tidak semua masyarakat dan warganegara Cina mahupun India di Malaysia yang berperangai seperti golongan rasis cauvinis ini.

Tragedi 13 Mei 1969 adalah satu titik hitam negara yang tidak ingin diulangi oleh mana-mana kaum atau bangsa pun.

Majoriti terbesar rakyat Malaysia dari etnik Cina dan India yang memilih untuk hidup aman, sejahtera dan harmoni di tanahair ini, yang menghormati dan pandai bergaul dengan masyarakat Melayu/Islam tanpa sebarang masalah dan saling memperakui batasan-batasan moral dan akhlak serta legasi sejarah masing-masing.

Masyarakat umum Cina dan India juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa kepada propaganda dan telah diperdayakan oleh janji, retorik dan semburan semangat ke'Cina'an dan ke'India'an hingga, tanpa disedari, telah menguasai pemikiran, sikap dan persepsi mereka terhadap kepimpinan negara dan juga orang-orang Melayu.

Golongan pendesak perkauman itu tidak peduli pun siapa yang memerintah, baik Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH), asalkan kehendak dan cita-cita mereka tercapai.

Bangsa Melayu/umat Islam adalah bangsa dan masyarakat yang paling bertoleransi dan berlapang dada sekali di dalam isu kerakyatan dan kewarganegaraan, yang tidak terdapat di negara-negara lain.

Secara fitrah, mereka terikat kepada ajaran agama Islam dan juga akur kepada Perlembagaan Persekutuan yang telah menggariskan hak-hak dan tanggungjawab-tanggungjawab ke atas setiap rakyat dan juga pemerintah.

Mereka juga akan 'menasihati' mana-mana pemerintah atau kerajaan yang lalai atau cuai dalam menjaga kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam atau cuba merobek Perlembagaan Persekutuan dari koridor-koridor kuasa dan kepimpinan negara.

Umat dan bangsa akan menjadi 'pressure group' (kumpulan pendesak) terhadap sebarang penyelewengan, kemungkaran, penindasan, provokasi, salahlaku dan kezaliman, hatta terhadap diri atau bangsa sendiri.

Kepada puak rasis, cauvinis dan pelampau yang masih tidak berpuashati, yang merasakan negara ini mengamalkan polisi atau dasar bersifat rasis, diskriminasi atau sedang menyisihkan, meminggirkan dan menindas kaum tertentu atau kononnya Malaysia adalah sebuah negara ala-Apartheid … mereka semua boleh berambus keluar dari negara ini.

Pergilah bermastautin ke Australia, AS atau Britain dengan 'greener pastures'nya.

Akan tetapi, tanggalkan baju 'kerakyatan' Malaysia terlebih dahulu!

#TolakRasisCauvinis
#PatriotismaYangTerpuji
#TolakPelampauAntiNasional

***Muhammad Luttfi Abdul Khalid ialah Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo