KUALA LUMPUR: Persatuan berkaitan perubatan membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan sistem syif baharu di klinik kerajaan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan bagi menyelesaikan isu itu.
Dalam kenyataan bersama pada Rabu, persatuan terbabit berkata keputusan melibatkan petugas perlu diberi perhatian yang serius kerana mereka merupakan tonggak dan penyumbang utama ke arah kejayaan perancangan organisasi.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Persatuan Farmasi Malaysia, Persatuan Jururawat Malaysia, Kesatuan Jururawat Malaysia dan Kesatuan Pemandu-Pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia.
Sementara itu, tinjauan dalam talian mengenai perkara tersebut oleh MMA dari 22 hingga 28 Mei lepas menunjukkan 92 peratus daripada 9,320 responden membantah pelaksanaan sistem berkenaan.
Menurut kenyataan itu, sistem tersebut dibantah atas faktor kekurangan tenaga kerja serta infrastruktur yang memerlukan penilaian dan penyelidikan terperinci bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.
HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurang...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment